24 JANUARI
Sudah sembilan hari, Awang berjaya melepaskan tali ikatan yang teramat susah untuk di putuskan dan terus melarikan diri . Terima kasih pada bara - bara hati yang muncul dan sanggup meminjamkan emosi - emosi gelap kepada Awang.
Di pinggir hutan, sebuah pondok usang yang beratapkan dahan - dahan pokok hutan menjadi tempat persembunyian Awang. nyanyian - nyanyian makhluk hutan membuatkan suasana sekeliling Awang menjadi meriah.
Awang berehat di sebuah kerusi malas sambil memegang sebuah diari yang diterimanya semasa melarikan diri...
Awang membaca diari.
Muka surat pertama tertulis :
"sebuah kisah rakaman harian tentang pengalaman dan pemerhatian peribadi oleh seorang pemuda yang gagal dalam persahabatan duniawi."
Muka surat kedua :
" aku manusia, aku hidup dalam dunia ini sebagai seorang pengembara.. pengembara yang sentiasa dahagakan ilmu. aku jadikan ilmu sebagai harta karun ku. sekian lama aku mengembara di beberapa zarah - zarah kulit bumi , akhirnya aku berhenti di sebuah singgah sana yang amat gah namanya"
"di situ aku banyak menerima ilmu - ilmu klasik yang amat jarang di miliki dan diketahui umum.Sungguh mengujakan apabila dikhayalkan dengan bau - bauan ilmu yang amat unik. tapi....
di singgah sana itu , bukan hanya menerbangkan ilmu, ia juga menjadikan titik penghabisan kepada para pengembara.
Muka surat Ke tiga :
"aku mula mengenali beberapa pengembara yang berlatarbelakang berbeza antara satu sama lain. di sini aku dicorakkan dengan pelbagai warna - warni kehidupan. perkara yang tidak aku sangka dan aku duga menjadi satu realiti yang sememangnya tidak dapat untuk aku elakkan. aku hanyut dalam ragam - ragam sosialiti."
Tatkala tidak mahu membaca diari itu, Awang terus menyelak helaian diari itu ke beberapa muka surat yang terakhir .
Beberapa muka surat akhir :
"sudah berpuluh - puluh purnama aku bermaustatin di singgahsana ini, aku mula berasa kan sesuatu yang pelik.Jiwa aku mula terganggu , kehidupan aku tidak tenteram , aku mula berprasangka buruk."
" Aku mula dituduh dengan pelbagai tafsiran, sangkaaan , andaian tanpa Usul Periksa. Aku juga diserang seperti dituduh membunuh. Akhirnya Aku disalah kan oleh para pegembara lain."
"Aku mula bersendiri , meminggirkan diri "
" kadang - kadang aku berasa Tertipu dan Tidak Adil.. Aku mula menyimpan Dendam , dengan hasrat disuatu hari nanti aku akan membalasnya semula."
"aku cuba untuk menentang, tetapi aku hanya berjaya meracuni pemikiran aku. Aku jadi buntu dan gagal seperti terjatuh dalam lurah kehinaan. selama ini kepercayaan hanya lah satu kepalsuan , amanah yang di beri menjadi debu , janji yang dipegang hanyalah hinaan yang diterima , persahabatan untuk kemegahan sahaja"..
itulah hakikat nya......
Awang cuba menyelak helaian seterusnya. Tetapi hanya helaian kosong sahaja.
Awang terus menutup diari itu dan memasukkan ia ke dalam bag Awang..
sambil mendengar nyanyian makhluk - makhluk hutan Awang berfalsampah ..
" Dunia itu indah, tiada tiruan maka berleluasalah hipokrit "