Isnin, 29 Disember 2014

Chatatan kecil 14#

Hari-hari yang mendatang membuatkan aku terasa sakit hati. Selalu saja aku yang sentiasa memakan hati sendiri. Aku bukan lah manusia yang selalu mendapat tuah.  Jika tuah itu datang pada aku, ada saja bibir-bibir yang cemburu sedang memerhatikan ku. Bagi aku, mungkin ini semua karma atau takdir yang telah dipahat pada tembok-tembok langit di sana. Aku sebagai makhluknya hanya boleh bermohon dan meminta pada pencipta untuk mengubah semula skrip perjalanan hidup aku ini.  

Ilmuan pernah berkata, setiap saat yang berlaku ada tersimpan satu hikmah. Sama ada baik atau buruknya, kita sendiri yang menjadi hakim. Tak ramai yang berani untuk mengubah cara hidupnya. Ada yang gagal, malah ada juga berhenti di tengah jalan. Apa yang pasti aku sedang meneruskan perjalanan untuk mengubahnya. Cuma aku memerlukan sedikit waktu untuk memperlengkapkan ilmu di dada sebagai perisai untuk melawan jiwa-jiwa kotor yang luarnya nampak mulia. 

Siapa aku untuk menidakkannya. siapalah aku untuk mempertikaikannya. Aku tiada kebebasan. Makna kebebasan itu sendiri aku gagal untuk menghafal. Apatah lagi jika untuk mengkatamkan kebebasan itu. walau aku sering mempertikaikan, khayal, melupakannya. Namum, Aku tetap menyimpan kepercayaan tentangnya yang terbenam di suatu sudut dalam hati ini. 

Jumaat, 5 Disember 2014

Dunia Hilang3#

Kita dilahirkan bebas, agama membuatkan kita berasa hidup. Kemudian diselitkan sedikit dengan unsur spiritual dan kepercayaan. Akhirnya muncul lah kebaikan dan kejahatan.

Kita adalah manusia. Dalam jiwa manusia itu wujud satu rasa yang memberi sejuta rasa. Kemudian ditambah perencah dalam hati, maka hadirlah roh yang tak seimbang.

Kita memiliki kepandaian tersendiri. kebolehan yang lahir dalam diri kita membuatkan kita berasa terlalu istimewa. Sayangnya tak semua menghargai bakatnya. sia-sia begitu sahaja.

Kita adalah penguasa dan pencorak dalam bumi. Malangnya unsur-unsur kerohanian gagal untuk berdiri sebagai satu ideologi. Walaupun dihadapan kita hebat, namun di belakang kita masih mengekalkan amalan oktodoks.

Kita sentiasa ditemani oleh Syaitan dan Malaikat. Kemana sahaja kita pergi, mahupun dalam dunia mimpi mereka tidak bosan menemani dan menghasut kita. Kehadiran mereka memeriahkan lagi suasana realiti yang dipenuhi fahaman-fahaman buatan manusia yang termakan hasutan mereka.

Kita tidak kekal. walaupun kita nyata. Mati itu pasti. Hanya menunggu hari untuk menghadapi kematian dan kita kembali semula sebagai satu entiti yang bebas.






Selasa, 25 November 2014

Chatatan Kecil 13#

Aku rimas dengan bisik-bisik cinta yang menghairahkan hati aku. Aku lemas pabila hadirnya sebuah perasaan yang memporak peranda jiwa aku. Aku terkulai dan tidak bermaya pabila pelbagai persoalan yang diajukan pada aku.  Mengapa semua ini harus aku alami.  Haruskah aku melayan kehendak nafsu. Mungkin jika aku membiarkan semua ini keadaan akan kembali normal. Aku kembali pada kehidupan asal. Tapi jika di fikirkan semula, adakah aku akan melepaskan peluang yang cuma hadir sekali dalam jangka hayat aku ini. Aku keliru..
***
Mata kau yang sentiasa kuyu membuatkan hati aku tertarik. bibir kau yang sentiasa basah menggugurkan keegoan aku. Senyuman yang kau beri membuatkan aku berasa ghairah. Shit!.
Itu top secret lah.

Chatatan kecil 12#

Bila waktu itu tiba, semua memori akan pudar.Bila hari itu menjelma, aku harap semua tali yang terikat dari badan aku akan terputus. 
Aku tak akan memohon. Aku tak akan mengemis. Aku tak akan merayu. Cukup!. Aku teramat tersiksa dengan tipu helah para manusia yang sangat memeritkan hati aku. Aku mahukan bebas. Aku ketagihan kebebasan. Bebas dari segala ikatan yang mencelarukan minda aku.  Bebas dari jiwa-jiwa yang cemburu. Bebas dari penyakit dendam. Bebas segala-galanya.

Aku lalai, tiada yang kekal buat selama-lamanya. Aku lupa, tali yang aku ikat boleh reput.
Aku serik!. Aku silap. Oh Tuhan.

Jumaat, 21 November 2014

Chatatan kecil #11

Aku tak sehebat seperti kau menulis sebuah kehidupan berdasarkan mulut-mulut lucah kau. Aku tak mampu mengeluarkan cecair-cecair kejujuran seperti mana kau mengikat sebuah ikatan.Kerana nafsu aku terhenti, Kau seperti anjing menyalak di subuh hari.

Mulut - mulut sial mula berkumandang. Mata-mata yang cemburu sedang memerhati. Otak mereka ligat untuk mencaci dan menghina. Namun, Kau tetap jatuh dalam lautan hitam yang dipenuhi sisa-sisa kegelapan. Kau menjadi buas.

Kini aku terperangkap.
kaki ku di ikat.
Tangan ku digari.
Mata ku dimakan ulat.
Aku buta. Hitam.
Dunia Hitam.
Tiada lagi pancaran cahaya dari langit ketujuh.
Hanya kederangan nyanyian sial dari si badut yang membodohkan dirinya.

Ahad, 16 November 2014

S.I.A.L

 "Perlu kah kau tahu?".
"Atas nama kawan, Perlu." jawab Adi. Reaksi Herman mula berubah. Herman mula serius.
"Aku rasa kau lupa pada suatu perkara, dahulu kau juga pernah berkata pada aku, jangan masuk campur hal kau. Kenapa sekarang kau beriaya-iya untuk menyusahkan diri kau untuk menganggu  personal life aku?". Soal Herman.
"Dah mula hendak ungkit mengungkit". Adi mula memperlekehkan apa yang dikatakan oleh Herman.
" Kau memang sial, perosak hubungan orang!. Aku harap di akhirat nanti  biar Tuhan akan membalas perbuatan kau!".

Isnin, 3 November 2014

Chatatan kecil #10

Bila aku memejamkan mata, aku membayangkan sebuah padang hijau yang luas seperti laut. Di tengah padang hijau yang luas itu ada sebuah pokok renek. aku berteduh di bawah pokok itu sambil mengira bilangan awan di atas kepala. satu.. dua.. tiga..
Puas aku membilang awan, aku berjalan meninggalkan pokok yang aku berehat tadi. Aku berhenti dan melihat sekeliling. Aku terlihat satu bayang-bayang. Bayang-bayang itu melambai-lambai ke arah aku. Aku berlari ke arah bayang itu. semakin aku kejar semakin jauh bayang-bayang itu. Akhirnya aku penat dan berhenti. Bayang-bayang itu masih lagi melambai-lambai. Aku hanya melihat sahaja bayang-bayang itu dalam keadaan termengah-mengah. Dengan tak semenanya matahari menampakkan mukanya. Memancarkan cahayanya ke arah aku. Cahaya itu membuatkan aku rasa kepanasan dan berpeluh. Bayang-bayang itu masih melambai-lambai ke arah aku. Aku mula terfikir untuk kembali semula pokok yang menjadi tempat aku berteduh. Tapi sayang aku lupa jalan  pulang ke pokok itu. Aku mengesat peluh di dahi dan mula berlari anak dan terus berlari. sekali lagi, semakin aku kejar semakin jauh bayang-bayang itu. Matahari tetap memancarkan cahayanya. Tanah yang aku pijak menjadi panas. Larian aku semakin pelahan. Tenaga aku semakin berkurangan. Aku kehausan. Aku kepenatan. Bayang-bayang itu masih lagi melambai-lambai.  Aku berhenti dan terbaring menghadap langit. Aku memenjamkan mata dan cuba berbicara dengan nafsu. "adakah sekatat ini sahaja kemampuan aku?".

Rabu, 29 Oktober 2014

Dunia Hilang 2#

" Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang merupakan habitat bagi kehidupan ini. Kita semua adalah sebahagian dari jaringan kehidupan yang kompleks ini dan saling bergantung antara satu sama lain.."

Oh negara ku.
Hanya politik sahaja yang menjadi isu buletin jam 8.


Selasa, 7 Oktober 2014

Chatatan kecil 9#

Tak semua benda hidup yang ada di dunia ini cantik dan sempurna. Mungkin kau belum sampai seru untuk melihat tirai dunia yang selama ini kau anggap sempurna. Selama ini apa yang kau nampak hanya satu bentuk lakonan yang telah di karang skipnya dan pengarangnya kau tak mampu untuk melihatnya. kata orang jika kau mempertikaikan kewujudannya kau akan ditimpa musibah atau gila.
mungkin benar atau mungkin palsu.
Tiada siapa pun makhluk yang hidup didunia ini yang tahu akan kebenaran tentang perjalanan hidup kau. Mungkin kelak kau akan mula terpikir dan mempertikaikan tentang keberadaan kau di dunia ini sama ada ia hanyalah satu yang ditetapkan atau satu kebetulan. atau tak disengajakan.

Isnin, 22 September 2014

Chatatan kecil 8#

walau macamaner pun susah, datangnya dugaan dan etc. kita kena tabah dan bersabar menjalani dan menghadapi musibah itu. walaupun ia perit dan sakit untuk menerima. Jangan pernah berputus asa atau berhenti di tepi jalan.
Terus dan terus mencuba..
apa yang pasti akan ada hikmah dan balasannya di masa hadapan yang kita tidak dapat meneka dan hadapinya. sama ada baik atau buruk, Tuhan sahaja yang tahu..
Semua ini sudah ketentuan dan diatur oleh maha pencipta. Ia bukan satu kebetulan.

Isnin, 8 September 2014

Dunia Hilang 1#

Kadang - kadang undang-undang dan peraturan memberi penderitaan dan kesusahan pada seseorang. Walaupun ia baik dari sainstifik dan ketatatertib dan mendisiplinkan seseorang individu mahupun negara, namun kebebasan sukar untuk dicapai. Apabila segala-galanya harus mengikut undang-undang dan peraturan, ramai yang akan menjadi lemah, lesu, dan meluat dengan undang-undang mahupun peraturan.
kadangkala Undang-undang atau peraturan dapat menyelamatkan seseorang itu dari dibelenggu masalah yang serius, Tapi apabila berlaku tragedi yang kita tidak mahu, Undang-undang boleh memudaratkan diri sendiri.
Ada pro dan kontra nya.

aku sakit dan bosan dengan Undang-undang dan Peraturan. mahu saja aku lari ke dunia yang tiada satu pun undang-undang dibuat. Tapi itu semua hanyalah satu angan-angan, Segala-galanya ada Undang-undang, Dalam setiap Agama, dalam setiap kehidupan , dalam setiap masyarakat mahupun dalam sesebuah keluarga, Undang-undang atau peraturan mesti ada dalam setiap genre. walaupun Undang- undang atau peraturan itu diserapkan dengan pelbagai cara dan kaedah, namun ia tetap satu Undang-undang kan ?..

Ahad, 3 Ogos 2014

Nota kecil : Selamat Tinggal Sahabat.

Pada Jumaat yang mulia
Terpadam satu cerita
Cerita ini amat membunuhku
Cerita yang tidak disangka
Kau kembali semula pada maha Pencipta
Alangkah singkat hidup didunia ini.

Kau yang bernama.
Kau sungguh merendah diri
Kau sangat mesra dengan semua
Kau amat setia dalam setiap persahabatan.
Namun, kau pergi jua.

Apa yang dihalalkan 
Apa yang diharamkan
Apa yang didosakan
Apa yang dikasari
ku mengampuni segala-galanya.

Dihari ini
Akan ku sedekahkan ayat-ayat suci Al-quran
Dan pabila aku teringatkan kau, 
Aku akan lafazkan serangkap Al-Fatihah.

Semoga kau tenang di Sana wahai Sahabat. 
9 Ogos 1991-1 Ogos 2014

Sabtu, 2 Ogos 2014

Chatatan kecil 7#

Syawal 2014.
Memang indah dan seronok bila hari yang ditunggu dan dinanti-nantikan telah tiba. Sebulan berpuasa di Bulan ramadan. Syaitan pula di terpenjara.
Aku seronok menjalankan ibadah dengan tenang sekali. Tapi, adakah aku sudah cukup dengan amalan aku untuk berjumpa dengan Pencipta ?. Aku rasa aku tidak. Masih ada lagi sisi-sisi gelap yang sentiasa bermain dalam jiwa aku.
***
Pagi syawal yang indah. Suasana tenang. Suara takbir yang sayu-sayu ku yang menembusi tingkap bilik ku menandakan Syawal sudah tiba.
***
Amalan beraya dari rumah ke rumah merupakan adat tradisi yang mungkin tidak akan terhakis dalam lingkaran masyarakat di kawasan aku ini. Memang seronok amalan ini. Berjumpa sahabat lama yang sudah lama tidak bersua. Bergurau senda dengan sanak saudara. Betanyakan soal masa hadapan. Soal Kahwin. Soal Pekerjaan. Dan babak yang paling penting sekali 'Duit Raya'. Perkara ini ibarat satu skrip cerita yang akan diulang-ulang pada setiap kali syawal muncul. 
***
Syawal kali ini, aku tidak meyambutnya dengan betul. Ibarat aku tergelincir di jalan yang lurus. Mungkin aku masih lagi mengamalkan fahaman lama yang kian luput dalam lingkaran dunia aku. Atau mungkin juga aku masih lagi menyimpan bara Syaitan yang tidak dapat aku sucikan dengan Air suci dari embun syurga...

Selasa, 22 Julai 2014

Chatatan kecil 6#

Terkapai-kapai. Ego. Hilang. Jahil. Aku tewas kepada nafsu.
-ramadhan 2014.

Jumaat, 20 Jun 2014

Nota kecil : terputus

Andai kata aku gagal memperoleh kotak hati kamu.
Lepaskanlah aku.
Lupakan saja aku.

Andai kata aku menjumpai kotak hati kamu.
Terimalah aku dengan seikhlas yang mungkin.
Belailah aku seperti kamu membelai diri mu sendiri.

Andai kata kenangan kita tidak sampai ke pehujungnya,
kuburkan lah kenangan-kenangan kita dalam tanah yang dilindungi pokok-pokok yang rendang.

Andai kata Kita gagal,
Andai kata salah seorang dari kita hilang keimanan.
Andai kata ikatan kita terputus disimpang jalan.
Majulah kehadapan.
Jangan toleh kebelakang
kerna
aku tak akan kembali semula untuk kamu.

Isnin, 26 Mei 2014

Aku dalam kepalsuan.

Aku terdampar dalam dunia yang penuh nafsu,
menjadi terasing dalam kelompok bijak pandai, 
dipinggirkan seperti seorang barbarian. 
Terlibat dalam kancah hasad dengki,
di pisahkan mengikut strata, 
aku menjadi buta. 

Manusia menjadi ninja, 
yang jahat menjadi dewa,
terlepas dari kesilapan lalu,
menagih cinta pada yang atas.

Aku hilang dalam permainan sendiri,
resah dan curiga tentang seseorang,
seseorang yang dulunya kawan,
sekarang menjadi lawan.

Cemuhan demi cemuhan diterima,
di depan berkata marxisme, 
di belakang bekata fasisme,
hei!. 
jangan menjilat ludah sendiri.

Di suatu hari nanti,
bila aku penat,
bila aku lelah,
maaf yang dipinta,
akan ku kuburkan bersama-sama aku.

Rabu, 7 Mei 2014

Chatatan Kecil 5#

Terkapai-kapai dengan mimpi yang tidak akan menjadi realiti.. 
Aku bagaikan sedang terhanyut dalam lembah sungai Ganges. Tenggelam seperti bangkai yang tidak dapat dikebumikan dalam tanah. Hilang dalam hiruk pikuk realiti jiwa yang sedang berduka.

Bisik-Bisik kebaikan sedang meraung-raung dalam penjara yang aku bina sendiri dari imaginasi aku ini.
Luka jiwa yang tidak dirawat dibiarkan membusuk sehingga datang sekumpulan beluncas memakan isi jiwa.
Aku seperti terkena renjatan ikan belut pabila kepercayaan, kesetiaan bertukar menjadi satu pengkhianatan. aku tidak mahu menjadi jebat revolusioner. 

Impian yang telah lama aku bina dengan 10 jari hilang, lesap seperti halilintar datang memakan semua makhluk di  muka bumi ini. Aku hairan, mengapa tuhan ciptakan engkau dengan keadaan yang sebegini ?.

Ahad, 20 April 2014

Dont give Up a.k.a harus kembali bercinta!..

Masih ada lagi kah ruang untuk saya meraih semula awak?.
Adakah saya layak untuk menjaga hati awak yang selama ini saya mempersendakan dengan kata-kata yang indah?.
adakah awak akan terima saya?.

***
Jika masa boleh diundurkan semula, aku tak akan melepaskan peluang yang selama ini bermain-main di hadapan aku. kenapa lah susah sangat untuk Rebuild semula hati dan perasaan untuk kembali bercinta. Semenjak 'perasaan cinta' telah lama (baru 3 tahun) aku tanam dalam dunia kegelapan di otak kiri aku, terasa sangat-sangat sakit bila nak feeling dengan someone who was a 'friendzone' want to break the sempadan. Damm.

Jika ada satu soalan tentang sebab apa semua ini berlaku kat aku dan jawapannya..
A: sudah ditakdirkan
B: sumpahan
C: kau memang tak hensem
D: pengalaman lepas kene reject dengan awek hidung tak mancung
Jawapan yang aku akan pilih mesti B.

sebab apa B, sebab naluri hati aku berkata "pilih B...." jika diikutkan secara kajian yang aku lakukan, aku macam dah terkena sumpahan. yelah,, setiap kali aku berkawan dengan awek, mesti akan berhenti separuh jalan.. macan shit siot.. tapi kadang-kadang tuh aku dapat rasakan aku tak hensem..sebab tu la berhenti separuh jalan.. haha.

 aku rasa macam nak muntah pulak bila bercerita bab-bab cinta. serius aku memang loser dalam love chapter..

Jumaat, 7 Mac 2014

Naskah 1#

apa khabar kau di sana?,
sekarang ni sudah masuk musim salju kan ?.
mesti best dapat main salji kat sana..

****
hmmmm,
sudah lama kita tidak berjumpa, sejak kau pergi merantau ke negeri asing meninggalkan aku dan keluarga. kau tahu, keadaan sekarang dah tak sama seperti dulu lagi. Semua nya sudah berubah.. Malaysia pun sudah berubah. Politik, ekonomi, sosial dah tak macam dulu lagi. yelah kata orang-orang zaman sekarang lepas runtuhnya tembok Berlin dunia dianggap "dunia tanpa sempadan"..
cuma yang tak berubah makanan je.. nasi Lemak, nasi campur, Laksa, nasi  ambang masih boleh dapat lagi kat sini.. huhu

kalau kau pulang ke tanah air nanti jangan terkejut tau.. jika semua perkara kena guna duit. kau tahu tak ? kalau minum air suam dekat restoran kena bayar 30 sen. bukan air suam ja, nak masuk tandas pun sekarang kena bayar 50 sen, kalau tandas mewah sikit kena bayar 1 ringgit. dasyat kan sekarang?..

lagi satu, kau ingat lagi tak ?.. dulu masa kita kecik-kecik cuma ada Melayu, India,Cina dan Bumiputera kan ?. sekarang dah tambah ada bangladesh, nepal, vietnam, pakistan macam-macam bangsa, warna kulit yang kau boleh jumpa. jadi jangan terkejut la kalau diorang tu boleh ada I/C warga Malaysia.
nak tangkap diorang juga pun tak boleh,diorang ada Passport.. tapi kan, kalau tak ada diorang semua, Malaysia lambat membangun..

hmmm.. sebenarnya banyak lagi yang aku nak ceritakan..
tapi aku dah tak ada masa. sekarang ni waktu adalah aku punya majikan. kalau aku bazir kan masa walau sesaat sekalipun, musnah cita-cita dan impian aku..
lain kali saja aku cerita pada kau.

#semoga aku berjumpa kau di lain hari, atau lain dunia.. Assalamualaikum.

Sabtu, 1 Mac 2014

chatatan kecil 4#

Sudah lama mimpi-mimpi yang indah tidak mengunjungi aku. Dimana silap nya?. adakah aku tidak basuh kaki sebelum tidur?.. atau aku tidak melafazkan ayat-ayat indah kepada tuhan ?.
Aku sungguh hairan bila mimpi-mimpi indah itu semakin pudar.

Rabu, 26 Februari 2014

Nota Kecil : jendela sejarah lampau

Yang dipuja menjadi bangkai
yang dibenci mejadi harum
yang cacat di caci
yang di fitnah menjadi raja.

Runtuhnya kota melacca
menjadi satu petanda
ramalan nostradamus
menjadi nyata.

Datangnya umat feringgi
memecah belahkan umat Nusantara
kononnya mahu cuba mentamadunkan
tapi kehancuran di kecapi.

Mati bapa mempertahankan adat,
mati anak mempertahankan tradisi.
di angkat sebagai perkhianat
dijulang sebagai pembelot.

Kisah yang agung,
hikayat yang indah.
dijulang.
di junjung dalam pentas sandiwara
hingga unsur-unsur mitos berleluasa
akhirnya menipu setiap keturunan.


Nota kecil : perjalanan

lupakan segala-galanya
lupakan segala ketengangan yang membara
hanya pikirkan satu ruang yang kecil
untuk 
dijadikan tempat berteduh.

usah risau dengan takdir
jangan runsing dengan ketentuan
pinggiri lah mereka
agar kau dan aku
kita dan mereka
dapat bersama-sama 
untuk seketika.

masa yang suntuk
sukar untuk aku melafazkan 
sebuah seruan 
dari gunung semanggol
yang hadir untuk meratah
setiap ranjau hidup kalian.

chatatan kecil 3#

kadang-kadang aku terpikir, apa yang aku nak dalam hidup aku. Aku memikirkan jawapan kepada kehendak aku dan kehidupan aku. sudah bertahun-tahun aku cuba mencari jawapannya. sayangnya aku hanya terawang-awang dalam dunia imaginasi aku.

Pabila aku terkeluar dalam dunia imaginasi aku, aku mula rasa kekok, takut, bingung, marah, sedih, kecewa dan hampa,, aku mula memikirkan jawapan kepada kehendak aku. Di ruang yang kosong dengan bertemankan lampu tidur yang malap aku bertanya pada hati tentang jawapan yang selama ini aku mencari. sehinggakan aku terlena seketika.

Bila bangun dari tidur, aku  berada semula dalam dunia imaginasi aku. aku seolah - olah berada di tempat yang baru dan aku menjadi raja dalam dunia imaginasi aku. Apa yang aku pinta dan hajatkan semuanya akan termakbul dengan sekelip mata sahaja. namun, itu semua tidak memuaskan aku. aku bingung,.. bingung.. bingung...

Chatatan kecil. 2#

Kali pertama kau hadir dalam hidup aku, tidak ada sepatah perkataan pun yang aku mampu ucapkan. Aku terpesona dan kaku seperti tiang lampu. Akal, hati, dan lidah aku membeku seketika apabila kau mahu meminta secebis daging dari hati aku untuk disatukan dengan hati kau yang suci dan kemerahan.

Namum, itu semua tidak mudah bagi aku untuk memberikannya pada kau. walaupun kau merupakan seorang yang unik dan pelik, tapi amat sukar untuk aku memenuhi permintaan kau. permintaan yang kau pinta terlalu tinggi nilainya.
p/s ; jika aku beri hati ini pada kau, mati lah aku..

Isnin, 3 Februari 2014

leluhur yang hilang.

Terima kasih.
kepada yang di puja menjadi bangkai,
yang di keji menjadi wangi,
si syaitan ketawa dengan riangnya,
kerana sayap putih akhirnya bertukar hitam.

yang di atas hanya memerhati,
yang di bawah pula hanya meratapi,
tersungkur dengan percakapan yang berapi,
berakhir dengan tangisan yang pilu.

sayangnya.
kerana cinta,
kerana adat,
kerana patriot,
hilang segala-galanya.




Selasa, 7 Januari 2014

Chatatan kecil.

Cebisan-cebisan kisah yang lama, telah jauh aku tinggalkan. Hanya berbekalkan dengan senyuman yang muram dan sebungkus plastik doa yang sedikit bocor, aku melangkah ke satu ruang yang kosong. Kosong seperti sebuah rumah flat kosong yang belum di padatkan dengan hiasan dalaman.  

harap-harap kali ini hidup aku akan lebih berwarna-warni.