Sabtu, 2 Ogos 2014

Chatatan kecil 7#

Syawal 2014.
Memang indah dan seronok bila hari yang ditunggu dan dinanti-nantikan telah tiba. Sebulan berpuasa di Bulan ramadan. Syaitan pula di terpenjara.
Aku seronok menjalankan ibadah dengan tenang sekali. Tapi, adakah aku sudah cukup dengan amalan aku untuk berjumpa dengan Pencipta ?. Aku rasa aku tidak. Masih ada lagi sisi-sisi gelap yang sentiasa bermain dalam jiwa aku.
***
Pagi syawal yang indah. Suasana tenang. Suara takbir yang sayu-sayu ku yang menembusi tingkap bilik ku menandakan Syawal sudah tiba.
***
Amalan beraya dari rumah ke rumah merupakan adat tradisi yang mungkin tidak akan terhakis dalam lingkaran masyarakat di kawasan aku ini. Memang seronok amalan ini. Berjumpa sahabat lama yang sudah lama tidak bersua. Bergurau senda dengan sanak saudara. Betanyakan soal masa hadapan. Soal Kahwin. Soal Pekerjaan. Dan babak yang paling penting sekali 'Duit Raya'. Perkara ini ibarat satu skrip cerita yang akan diulang-ulang pada setiap kali syawal muncul. 
***
Syawal kali ini, aku tidak meyambutnya dengan betul. Ibarat aku tergelincir di jalan yang lurus. Mungkin aku masih lagi mengamalkan fahaman lama yang kian luput dalam lingkaran dunia aku. Atau mungkin juga aku masih lagi menyimpan bara Syaitan yang tidak dapat aku sucikan dengan Air suci dari embun syurga...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan