Selasa, 29 November 2011

NORMA : DHIA..




Dia Dibelakangi oleh tembok yang tinggi berwarna putih. Apa yang dia lihat waktu itu?.apa yang dia pikirkan ?. apa yang hendak dia katakan ?. dia hanya duduk diam di sebuah kerusi yang tidak bernyawa..aku???aku hanya memerhatikan dia dari jauh, tergerak untuk aku menanya..tapi jiwa ini seakan menarik jauh untuk menanya, sungguh kuat syaitan yang berdamping di sebelah aku. Aku memilih untuk memerhatikan dia dari satu sudut..

Dia hanya berdiam disitu, mata nya melinar dari kiri hingga ke kanan, dia seolah – olah sedang menunggu seseorang untuk membawa dia pergi... raut wajah dia jelas menunjukkan dia memerlukan bantuan.. di tangannya sedang memegang sebatang besi. Besi yang telah diubah suai dan boleh berlipat – lipat.

Adakah dia tidak sejuk dengan sang malam yang sedang melepaskan kepulan – kepulan wap embun tanpa mengenal erti belas kasihan. Manusia berlalu merentasi dia. Tapi dia hanya memandang ke hadapan sahaja. Alangkah tersentuhnya jasad yang memerhatikan dia.seolah – olah mahu sahaja aku menolong dia.

Tapi.....

Aku dihalang , dihalang dengan satu jasad.. jasad  manusia yang memiliki kehebatan ilmu dengan aku. Aku hanya menurut kata dan aku habiskan perhatian aku terhadap dia.
Aku harap ada insan di dunia ini memiliki sifat prihatin yang sanggup menolong dia.

Jumaat, 18 November 2011

DALAM ALIRAN



Adakah ia adalah satu norma ?.
..Perbezaan aliran..
Tidak boleh bergaul dengan aliran yang lain ?
Adakah itu suatu karma kehidupan duniawi
Siapa yang buat peraturan semua ini?
Ibarat diberi pangkat dan darjat
Undang – undang apa yang mereka guna
Enakmen?,prosiding?,ordinan?,akta?
Siapa yang luluskan?
Parlimen?, kongres?,perhimpunan agong?
Atau ia sudah termaktub dalam perlembagaan?
Mengapa ia harus terjadi?
Membeza – bezakan taraf seperti mereka raja di hutan batu
Tak nak bergaul dengan aliran yang tidak bergitu popular
Padahal tanpa aliran yang tidak popular inilah yang menjadi sokongan
Jika dibandingkan
 andai tiada aliran tidak popular ini maka tiadalah wujudnya bahasa – bahasa yang indah
jadi jangan perlekehkan aliran ini 

Sabtu, 12 November 2011

RANGKAPAN MALANG




Pelangi itu tak seindah waktu dulu
Awan yang sentiasa ceria menjadi pudar untuk waktu yang lama
Lampu – lampu yang menerangi jalan raya kini menjadi malap

..Dia..
Dia lah yang menyedihkan semua ini
Dia juga yang menjerat hati sunyi
Mengapa dia yang menjadi perhatian pemuda dan pemudi
Dia lah racun kesengsaraan dan derita

..Aku..
Patutkah aku berbohong
Menjadi sesuatu yang ceria
Walau pelangi hati telah bertukar kelabu
Aku sanggup dimatikan
Aku rela disambar garuda
Biarlah hati aku di makan oleh ulat
Untuk melupakan dia buat selama - lamanya

Sabtu, 5 November 2011

PENGEMBARAAN 45 minit



mula
ennnnnnnnnnhhhhhh.... bas berhenti ke tempat yang telah di tetapkan. dia tersentak dari lamunan, lamunan yang membuat dia berasa amat tenang dan selesa..dia melihat jam di tangan kirinya, 5.00 p.m. "hhhhmmmmmmm" dia mengeluh, apa yang dia rancangkan semua tidak menjadi gara - gara lambat sampai ke destinasi yang hendak dituju. di hatinya timbul persoalan.."adakah pakcik ni bawa bas macam kura-kura atau trafik jem di lebuhraya seremban yang membuat tempat yang aku tujui lambat sampai?"...
dia berfikir dalam keadaan separa marah....
"ahhh,, lantak la.yang penting aku dah sampai".. kemarahannya diakhiri dengan angin kesabaranya.
dia menuruni bas dan dia menuju ke tempat simpan barang dan tanpa berlengah dia terus mengambil beg nya.. dia memulakan perjalanan, baru saja 10 tapak langkah kakinya berjalan dia terjumpa kawan lama nya yang sudah 2 bulan tidak bertanya khabar. dia menegur kawan nya, dan berniat untun meminta kawannya menghantar dia pulang kerumah. tapi tiba - tiba kawan nya tidak dapat menolongnya kerana kawan nya mahu menghantar awek nya kerumah.."ooohhh" hanya itu sahaja yang mampu dia ucapkan apabila permintaan dia tak dapat ditunaikan oleh kawanya itu..padahal dalam hatinya sudah menyumpah - yumpah kawanya itu...
tanpa berlengah dia mula teruskan berjalan menuju ke rumah tercinta. walaupun ada kemudahan "teksi" disitu,dia tetap berjalan kaki.
beberapa minit selepas itu.....
dia mula melalui sekolah - sekolah yang pernah menjadi persaingan sekolah dia. "tak berubah pun sekolah yang menjadi sekolah musuh aku  ini".. dia memandang kekiri dan melihat kain rentang yang tertulis " bakal pmr , spm dan stpm,, kami pihak pibg akan mendoakan kejayaan anda".. dia mula ketawa kecil kerana ayat di kain rentang itu ayat yang klasik dan sekolah lama dia pun pernah menggunakan ayat itu untuk menaikkan semangat pelajar...dia meneruskan perjalanan sambil mengambil air mineral ditepi begnya dan terus minum air mineral..
kemudian "di persimpangan jambatan"
dia sampai di jambatan yang menghubungkan bandarnya.dia mula melalui sebuah bangunan yang telah ditinggalkan, bangunan itu telah banyak berjasa untuk penduduk di situ kerana pekerja di bangunan itu suka saman menyaman pesalah jalan raya..
dia mula menggunakan jambatan untuk sampai ke seberang. di situlah dia mula melihat ke ajaiban tuhan yang maha Esa. dia mula berasa kagum dengan keindahan pemandangan diatas jambatan itu, di tambah pula dengan suasana yang amat permai. "kalau la kat tangan aku ni ada DSLR dah lama aku snap keindahan ini" dia mula berasa kesal kerana tidak dapat snap" pemandangan itu.."tak kesah lah.." dia teruskan berjalan...
pengakhiran  "putus"
akhirnya dia sudah sampai dibandar yang menjadi tempat dia dan keluarganya mebeli belah keperluan harian.
dia sempat melihat bangunan - bangunan lama yang tidak diubah suai..tapi semua tu kepunyaan perniaga china..maklumlah mereka sudah bekerja di situ sejak beberapa puluh tahun yang lalu.
dia mula berasa penat dan letih. sekali lagi dia meminum air nya. akhirnya dia tertewas juga dengan kepenatan berjalan.dia akhirnya berhenti di sebuah bangunan yang pada ketika itu kawasan yang meriah dan setiap waktu ada saja manusia mengunjunginya tetapi sekarang bangungan itu sudah sepi seakan -akan hilang taringnya.. dia berehat disitu.. sambil memegang talifon bimbit nya untuk menalifon ayahnya untuk menjemput dia di situ.. selang 10 minit kereta putih muncul dihadapanya.. dia melihat ayah nya dengan keadaan gembira sekali kerana dia tahu ayahnya berbangga dengan dia kerana telah menunaikan impian ayahnya memasuki menara gading tetapi dia belum berpunya segulung ijazah untuk membanggakan ayah dan emak nya....
~tamat~

Rabu, 2 November 2011

DENDAM 66

..dendam..
..apakah itu satu permainan..
..atau..
..perasaan yang sudah tertanam..
..dalam jiwa..
..apa yang harus dilakukan..
..dendam..
..dengki..
..meskipun dendam itu kekal dalam jiwa..
..apa yang boleh dibuat..
..tiada..
..kosong..

~out~