Mungkinkah akan ada satu jalan pintas yang memberi aku satu peluang untuk menjernihkan segala rupa ingatan yang telah lama pudar ?.
Tolonglah,aku amat memerlukan ingatan itu..suatu ingatan yang amat terindah sekali. Ingatan yang istimewa dalam perjuangan hidup aku yang penuh malang dan bermasalah ini. Namun, ingatan yang kembali kepada aku hanyalah ingatan kecewa, ingatan sedih, ingatan hiba, ingatan dendam..
Dalam setiap langkah, aku masih ternanti - nanti, bertanya khabar pada penunggu pintu ingatan supaya ingatan yang aku indamkan, yang aku impikan dapat bersatu semula buat selama - lamanya dan aku tak akan lelah untuk menanti kedatangannya...
Khamis, 31 Oktober 2013
Rabu, 30 Oktober 2013
Cacatan Seorang Pesakit 8# ( I,II,III : pecahan akal)
(satu)
umpama kupu - kupu yang patah sayap kirinya..
umpama kupu - kupu yang patah sayap kirinya..
Apabila berbicara dengan perkara yang samar - samar kita ketahui dengan guna logik akal yang diperagakan dalam bursa saham ideologi yang gagal memberi impak dan akhirnya sebuah pedoman tidak laku kerana terpesong akidah sehingga fahamannya terumbang ambing seperti tiada pendirian yang memberi kesan yang amat mendalam kepadanya dan dia terpaksa membatalkan agendanya hinggakan sanggup menggadaikan harga diri yang akhirnya di fitnah dan di maki kerana perbuatan hodohnya yang tidak dapat memgembalikan kehormatannya yang sudah hilang. Dia mula berfikir "alangkah indahnya jika kecapi nikmat tanpa berusaha".
(dua)
krisis demi krisis kerap menjelma dalam kitaran hidup aku ini. Hampir hilang keyakinan aku untuk melihat dunia luar yang luas seperti lautan biru yang tiada penghujungnya. cahaya - cahaya kegelapan sering menjadi kawan dikala aku memerhatikan angka - angka waktu. Aku rasa janggal bila berdiskusi dengan manusia - manusia yang cuba sembunyikan jasad asal mereka. apatah lagi apabila berbicara tentang asal usul mereka,
(tiga)
Mungkin hidup ini akan jadi lebih mudah jika tiada manusia yang suka meletakkan dajalnya dalam janji - janji yang dibuat. jika darjat kamu lebih mulia dengan janji - janji bangsat yang kamu buat, jangan menganggu janji - janji yang ikhlas kerana penghujung dalam permulaan akan ada makna yang mungkin menghancurkan rahsia - rahsia tersirat.

Khamis, 10 Oktober 2013
Cacatan Seorang Pesakit 7# (jiwa dikerat)
Jiwa ku dikerat - kerat seperti daging yang sedang dicincang. Azab peritnya teramatlah sakit seperti pedang yang dicucuk secara pelahan - lahan. Mereka kata, sakitnya hanya seketika sahaja, tapi sakit yang aku alami seperti bertahun - tahun lamanya.
Aku cuba memberontak, namum jumlah, autoriti, kedudukan dan gelaran yang mereka ada dapat membataskan kemampuan ku yang cuba memberontak untuk mengubah nasib para - para jiwa yang sama seperti aku. mereka kata "suatu hari nanti , apabila kami sudah tiada engkau, engkau dan engkau lah yang akan memikul kedudukan, autoriti, dan gelaran yang kami tinggalkan..."
Aku hanya mampu berkelana dalam kotak - kotak yang sudah disediakan oleh mereka. Aku tak ubah seperti binatang perliharaan mereka, apabila disuruh meniru segala pekerjaan yang mereka lakukan, bagi aku mereka adalah bangsa yang celaka dan tidak bertamadun.
"Mereka akan benci anda jika anda bijak dan mereka akan membenci orang yang bebal."
Pada malam - malam yang ganjil, mereka akan berperangai pelik, seperti jiwa, dan roh mereka sudah diserahkan kepada makhluk terlarang dari langit. Aku hanya memerhatikan mereka di suatu sudut dalam sebuah bilik gelap yang dipagari dengan tiang - tiang besi. mata ku cuba menyampaikan hasratnya kepada hati ku dengan berkata"Alangkah jijiknya perbuatan mereka itu.."
february 1910..

Khamis, 3 Oktober 2013
Cacatan Seorang Pesakit 6#
Hari ini panas nya tak sama dengan hari - hari yang lalu..
kadang - kadang perkara yang kita mahu dan perkara yang kita tidak mahu dalam hidup seringkali mengalami pertindihan antara satu sama lain. Adakah hari ini aku akan menghadapi satu lagi penyesalan?. penyesalan yang sering menguasai pemikiran ku dan semakin hampir membuatkan diriku hilang pedoman untuk melihat liku - liku realiti dunia.
aku menjadi semakin bosan untuk melalui setiap lorong - lorong yang salah. kreativiti ku tak mahu berbicara dengan ku lagi . hati ku pula kerap meluahkan perasaan yang aku sendiri tak dapat memahaminya. Rasanya hati ku ini ingin memberontak untuk keluar dari penjara besi yang aku sendiri bina. Mungkin sudah sampai masanya untuk aku melepaskan nya dari penjara besi, untuk merasa kebebasan yang selama ini dikonkong oleh mindaku ini. Atau sudah sampai masanya untuk aku meninggalkan fahaman - fahaman yang mencorakkan hidupku ini dan membiarkan hatiku ini membangunkan dunianya sendiri.
Atau mungkin sudah sampai masanya hatiku ini memerlukan seseorang yang periang, ceria, dan ayu untuk membelai hati ku yang lara ini. seseorang yang sanggup menahan luahan hatiku yang menyimpan pelbagai rahsia yang tidak ketahui oleh minda dan pemikiranku sendiri, seseorang yang tahan dengan karenah hati ku dan akan sentiasa ada......
Mungkin?.
Langgan:
Ulasan (Atom)