Isnin, 26 Disember 2011

DIRI BERCELARU

mendengar lagu bulan ditutup awan, yuna .. tetapi membaca lirik buatan bo : malam ini . berkumandang dalam siaran X fm .. terbaring di atas tilam , berangan memiliki seorang gurl , mengeluh seperti sang rembulan.. tak berdaya memimpikan sesuatu keindahan..

bangun dari katil , buka pintu dan terus keluar.. terkena ludahan angin malam..mengigil kesejukan bagai kucing disimbah air.. berundur kembali..

terlentang di katil buatan kapitalis.. mengadap syiling merenung nasib.. mengaru - garu kepala .. baru perasan rambut sudah panjang macam noh hujan time baru nak naik.. katil zaman - zaman agogo 70 -an ,, sakit pinggang weeiii....

bosan....phone dah seminggu tak memekak.. dah berhabuk rasanya. merakas mencari laptop, laptop pun dah sakit .. tapi internet macam tahi..nama je legend punya tempat.. demo r!!..

kecewa dengan line wifi,, crack............. wwuuuhhhooooooo.. macam kata - kata monoloque "padu"!!!!!!!
sorry guys,, jangan marah kalau wifi x de dalam bilik kowang..

buka website, fb macam biase...... cari info.. 
youtube belajar " mind your language",, layan band - band indie..... mantappp..
baca furom geng - geng politik kotor..macam gampang, mana hak aku????.
pelancau r lu org semua... tahu pru akan datang seludup duit jew. WTF. 

kul 12,,, tak ada funtion, member bajet bagus jew.. boleh blar la...
atas meja buku bersepah ,,, tengok kalender... 
tension .. FINAL EXAM... 
amek panadol.. tumbang....

Jumaat, 23 Disember 2011

NORMA : MALAM

lampu - lampu malam ibarat kunang - kunang yang menerangi malam
malam tak pernah putus dengan sinaran bulan..
di sebalik malam yang indah, mesti ada makhluk - makhluk yang menceriakan kesuraman malam..
mengapa hantu selalu dikaitkan dengan malam ?.

disebalik keghairahan malam pesta mesti ada sahaja makhluk yang meyaksikanya..
kumpulan gitar rancak sibuk mendendangkan irama mereka di arena kegelapan yang memutarkan siulan - siulan..
dalam kesibukan mereka , berpestalah syaitan - syaitan dan jembalang di pencakar udara..
mencemarkan keimanan dan kesucian insan bergelar manusia dengan ludahan - ludahan syaitan durjana.. 
tuntutan - tuntutan dari  langit sering kali di lupakan..

di suatu tempat dalam kesunyian malam..
syaitan - syaitan , iblis , jembalang bertempiaran berlari mencari kubu - kubu untuk berlindung..
dalam sebuah bangunan yang sarat dengan ilmu - ilmu dari langit bergema ayat - ayat suci yang diturunkan dari langit..
sungguh indah iramanya..
maka tiada ayat yang lebih indah dalam dunia ini selain ayat - ayat suci al - quran..

mata diletakkan di lensa..
memerhatikan karenah malam yang sibuk..
di tangkap - tangkap geligat malam..
ada yang berasmara berlindung di sebatang pokok..
ada yang menguji kehebatan di tanah tar.
ada yang berkampung di warung...

adakah mereka paham akan kesedihan malam?

Khamis, 22 Disember 2011

NORMA : KEMBALI



bila perasaan dan nafsu menerajui minda, aku mula tercemar dengan alam kesifatan. fikiran ku menjadi fikiran orang yang membuta akal.jiwa ku menjadi tidak tertenang..anggap saja jiwa ku berada dalam kepanasan bara kedengkian. segala percakapan , segala siulan , aku mula mentafsirkan. pentafsiran seperti bala mendatang. aku menjadi seorang yang mudah prasangka...

setiap gerak geri, setiap penglihatan mata ku.. ibarat kesakitan yang menusuk dalam jasad ku. aku mula hilang arah. hala tuju ku diambang kesesatan. aku mudah marah, aku dapat merasakan jasad dan roh ku berpisah dan di siat – siat menjadi kepingan lelangit yang bertebaran di pencakar langit ke tiga.

ya. mungkin , aku sudah mendekati diri dengan alam kezaliman, alam kezaliman yang penuh dengan kejalihan, kekuruptan , kedengkian , kebohongan. mungkin syaitan telah menguasai jasad ku.  mungkin aku hilang tiang pegangan. aku mudah menerima kekalahan. dan kekalahan itu membawa kesengsaraan yang membuat aku berasa seperti seorang yang tinggal dalam dunia kegelapan.

bila gegedang telinga ku mendengar halusan ayat – ayat yang diturunkan dari langit. aku mula rasa kemakmuran. aku rasa seperti aku sedang membina tiang yang kukuh untuk menjadikan benteng. aku mula rasa kemanisan yang aku telah lama tidak merasai. aku mula rasa syahdu...

Ahad, 4 Disember 2011

NORMA : WORDS



I was there..
Watching she..
But i dont remember about that day..
For me, it  better to forget..
Now..
I loosing the heart.
The Heart make me feel alive..
I very grateful lose the heart..
Because until now i dont feel  any“love”  and  “pain”
..Forever..

..Until one day..
{I stop here }