Isnin, 29 Disember 2014

Chatatan kecil 14#

Hari-hari yang mendatang membuatkan aku terasa sakit hati. Selalu saja aku yang sentiasa memakan hati sendiri. Aku bukan lah manusia yang selalu mendapat tuah.  Jika tuah itu datang pada aku, ada saja bibir-bibir yang cemburu sedang memerhatikan ku. Bagi aku, mungkin ini semua karma atau takdir yang telah dipahat pada tembok-tembok langit di sana. Aku sebagai makhluknya hanya boleh bermohon dan meminta pada pencipta untuk mengubah semula skrip perjalanan hidup aku ini.  

Ilmuan pernah berkata, setiap saat yang berlaku ada tersimpan satu hikmah. Sama ada baik atau buruknya, kita sendiri yang menjadi hakim. Tak ramai yang berani untuk mengubah cara hidupnya. Ada yang gagal, malah ada juga berhenti di tengah jalan. Apa yang pasti aku sedang meneruskan perjalanan untuk mengubahnya. Cuma aku memerlukan sedikit waktu untuk memperlengkapkan ilmu di dada sebagai perisai untuk melawan jiwa-jiwa kotor yang luarnya nampak mulia. 

Siapa aku untuk menidakkannya. siapalah aku untuk mempertikaikannya. Aku tiada kebebasan. Makna kebebasan itu sendiri aku gagal untuk menghafal. Apatah lagi jika untuk mengkatamkan kebebasan itu. walau aku sering mempertikaikan, khayal, melupakannya. Namum, Aku tetap menyimpan kepercayaan tentangnya yang terbenam di suatu sudut dalam hati ini. 

Jumaat, 5 Disember 2014

Dunia Hilang3#

Kita dilahirkan bebas, agama membuatkan kita berasa hidup. Kemudian diselitkan sedikit dengan unsur spiritual dan kepercayaan. Akhirnya muncul lah kebaikan dan kejahatan.

Kita adalah manusia. Dalam jiwa manusia itu wujud satu rasa yang memberi sejuta rasa. Kemudian ditambah perencah dalam hati, maka hadirlah roh yang tak seimbang.

Kita memiliki kepandaian tersendiri. kebolehan yang lahir dalam diri kita membuatkan kita berasa terlalu istimewa. Sayangnya tak semua menghargai bakatnya. sia-sia begitu sahaja.

Kita adalah penguasa dan pencorak dalam bumi. Malangnya unsur-unsur kerohanian gagal untuk berdiri sebagai satu ideologi. Walaupun dihadapan kita hebat, namun di belakang kita masih mengekalkan amalan oktodoks.

Kita sentiasa ditemani oleh Syaitan dan Malaikat. Kemana sahaja kita pergi, mahupun dalam dunia mimpi mereka tidak bosan menemani dan menghasut kita. Kehadiran mereka memeriahkan lagi suasana realiti yang dipenuhi fahaman-fahaman buatan manusia yang termakan hasutan mereka.

Kita tidak kekal. walaupun kita nyata. Mati itu pasti. Hanya menunggu hari untuk menghadapi kematian dan kita kembali semula sebagai satu entiti yang bebas.