Sabtu, 31 Disember 2016

cacatan seorang pesakit 22#

Kini aku tidak lagi tinggal dalam kesunyian yang mendambakan cahaya untuk menerangi diri ku ini.
Kini aku tidak lagi memikirkan apa yang telah berlaku yang selama ini menghantui fikiran dalam imaginasi buatan sendri. 
Kini aku tidak lagi berfantasi untuk menghilangkan rasa kemurungan yang janggal.

Kerana dia, aku seperti hidup kembali.
 

Ahad, 13 November 2016

coretan : Kesibukan apakah kita ini?.

Terpedaya dengan hiasan yang telah disajikan di depan mata menjadikan kita seperti seorang  yang jahil dalam mencari suasana kegembiraan. Apakah kita harus mencuba untuk melangkah terus pergi mencari sesuatu yang amat indah atau menjadi aneh dalam cakrawala yang janggil ini.


Rabu, 2 November 2016

cacatan seorang pesakit 21#

A year past and i dont know what i'm gonna to do next.

aku makin hilang fokus dalam pemikiran. Aku hilang nafsu untuk termenung. it seem i lost something. sesuatu yang aku rasa aku sengaja hilangkan. Seperti useless kalau aku tak tahu nak buat apa seterusnya. semua orang ada sesuatu dalam hidup diorang untuk meneruskan kehidupan. For Me... Nothing. 

Sepertinya aku semacam hilang magis. aku hilang arah untuk menentukan apa yang aku hendakkan. Aku rasa seperti seorang yang tamak akan sesuatu benda dan gelojoh untuk merealisasikan. at the end.. nothing happen.

so now, i think i.. i lost direction to make a better life.

Isnin, 26 September 2016

kisah untuk di lupakan #2

Mungkin hari itu akan jadi memori yang terakhir untuk kau dan aku. Beberapa tahun kau mengenali aku, setiap detik kau mencari aku.. tak akan pudar di dalam memori hati ku. Akan aku simpan sebagai kenangan yang mungkin di suatu hari nanti ia akan menjadi cerita yang agung untuk mendapatkan perhatian dunia yang semakin hilang rasa ghairah nya. 

Hari itu, aku juga yang terlalu ego untuk tidak menoleh kebelakang untuk menunggu kau. Jika hanya sesaat aku menunggu..kita tidak akan jadi seperti ini. Sunyi dan sepi.. Tiada lagi kerancakkan perbualan kita setiap kali kita memerlukan sesama sendiri. Perit kan jika apa yang kita sedang bina tiba-tiba hancur berkecai. 

Tiada siulan maaf lagi yang aku dengar.. Lamakah lagi harus aku tunggu untuk menyapa dan bersua tentang perasaan hati dan kebingungan dunia. Apakah kita sudah melupakan tentang diri kita ?. atau mungkin ada diantara kita telah hilang rasa keindahan tentang kita. 

Mungkin aku yang menjadi semakin bosan. Bosan dengan apa yang ada didepan mata. Aku tidak pernah mencuba untuk menghilangkan rasa bosan ini. Aku membiarkan hinggakan Bosan itu sendiri menjadi sebahagian hidup aku.

Rasanya. ini lah yang terakhir dan pergi melayang mengikut arah angin yang tiada destinasi.

Sabtu, 17 September 2016

cacatan seorang pesakit 20#

untuk apa kita mengejar jika harapan yang kita genggam sudah menjadi debu. Umpama ditipu oleh sang penglipur lara yang suka berkelana di tepi pasar malam. Mahu saja harapan yang selama ini disimpan dalam peti lalu  di buang ke dalam laut hitam. Mungkin aku sudah tidak relevan dalam realiti hidup yang tiada kegembiraan. 

Kosong. ya. Kerap kali aku bernyair 'kosong' tentang kesunyian, tentang kegelapan dalam hati aku. Hati?. tidak. Adakala aku merasakan jiwa aku yang kosong, Jiwa yang sunyi. Hah..
Jiwa yang sunyi. atau pemikiran yang sunyi ?.. kerap kali berkelana dengan jiwa-jiwa yang tiada tujuan memberikan aku sedikit sinaran yang mengisi kelesuan hidup. Aku lesu ?.  Roh yang lesu..
roh yang hilang arah tujuan, hilang pedoman. Roh yang sentiasa memberontak, berkelana entah kemana hinggakan tiada disekeliling yang  mengingati nya. 

Entah berapa lama lagi aku akan bersama dengan kekosongan. sepi, sunyi.. permainan yang sangat bijak yang disusun dalam satu bulatan yang terkait antara satu sama lain, membuatkan aku tersesat, keliru dalam mencari jalan keluar. 
Apakah aku sudah tidak gembira dengan keadaan sekarang atau aku hanya lah sebuah makhluk eksperimen yang gagal untuk disempurnakan..
who know, that one day you got the answers .. 
just wait for that time. 

Coretan : self defense in other time

Its kind weird when Kita tak nampak warna diri kita sendiri tapi kita nampak warna orang lain.  Kau terlalu angkuh when come to me and mad because of my behavior. What the fuck?. What i hear, other people spread the word rhat you are the one who become lazy fat, and selfish behavior.
Just bcoz ur got promoted, and you have authority to give order to other ppl?.  Fuck you lah.

Coretan : Welcome to 'sial' society

Just because you make a little mistake, people judge you are the worst person.
I'm sick with this society, man.
I think, Its time to seek the forgiveness from my old society regime.
 I will back where i belong,.. soon.

Isnin, 15 Ogos 2016

Coretan : Kalau pandai sgt xkerja kilang bro

Sebenarnya ia bukan pandai or tak pandai kerja kat mana2 especially *'kilang'*.
 kau ckp mcm tu "Kalau pandai sgt xkerja kilang bro".

Habis pegawai-pegawai atas kau Kenapa kerja kilang??.  Padahal diorang pandai,  ada IJAZAH.
Kalau kau cakap 'diorg tu lain'..
Jadi,  kau tu babi kaki panjang lah ek?..
Btw, diorg pun sama juga manusia.
Back-to-topic.
Sebenarnya masalah ni bukan aku sorg yg alami,  ramai lagi yang senasib dgn aku.  Last year ada NGO buat kaji selidik, dan result mahasiswa yang menganggur lebih dari 10k bro.  10 ribu bro yg menganggur tak ada kerja.  TAK ADA KERJA.
aku kerja sama mcm korg sbb aku tak nak mengganggur. Dan kerja aku halal.  Right?..

So,  sebenarnya kau ni dah kena *brainwash* dgn masyarakat kau.
Sbb,  mak bapa kau,  sedara mara kau,  jiran kau,  nenek kau ckap..
-"Nak berjaya masuk universiti. Nanti boleh kerja bagus, dapat bini lawa, gaji besar, kete besar, rumah besar ."-

Wtf lah weii,  itu dulu zaman 80an boleh la terima lagi.  Ini dah 2016 lah.  Org tak ada spm pun boleh berjaya, boleh bekerja.
Realiti skrunk,  itu hanya lagenda yang diceritakan dari generasi ke generasi untuk suntikan semangat.

Itu la sebab kau ni primitif ckp
"Kalau pandai sgt xkerja kilang bro"
Open mind la bro.  Jgn jadi *babi kaki panjang.

Ramai org yang ada degree dan menganggur sbb pilih kerja. Bagi aku go to hell with that lah.. Selagi umur masih muda, kerja jelah apa yang ada.
Sekian,  fuck you.

Ahad, 24 Julai 2016

Dialog 1#

Sebenarnya bukan kerana sebab "Kau dah kenapa sebenarnya?"  atau "Ada masalah ke?."
"Gaya ckp cam ada masalah ngan org je".  
Its kind weird when we talk to someone when we not seeing him or his.

Now,  back to the topic.  
Actually this maybe lah "dugaan"  from the top.  Everyone who alive in this world have different  'dugaan'  from the top.  Its more like a  task to decide if we can handle that task or not.
Then i got task 'boring with humand kind'.  I dunno if that was a task or not.  But I can comfirm. When every greeting i got boring quality time. This happens every time, every day, every month, every year..
But, we must face how difficult the task from the top right?.

Bila kita berbincang tentang 'masalah'..
Semua orang ada masalah sendiri kan?  Dan masalah ni tak akan selesai hingga kita mati,  even when we already at 'alam barzakh' we also got 'masalah' to go hell or heaven.

I dunno if u understand this crap opinion.  But everyone  have their long long story to write about my life in this planet called earth 🌎

Isnin, 4 Julai 2016

Coretan : kesunyian dalam kesediaan masa hadapan

Bagaimana kita menghadapi dunia ini?. 
Adakah kita perlu sentiasa bersedia untuk menghadapi cabaran dan rintangan yang telah ditetapkan oleh tuhan untuk kita terus ke dalam dunia ini. 
Segala nyanyian yang di dendangkan di dunia ini hanyalah satu lagi subjek yang tidak di hadam oleh otak yang telah lama tak nampak akan watak seorang pujangga yang memuji kebesaran Nya. 

Apakah kita layak untuk laksanakan tanggungjawab dan perintah yang telah di pahat dalam hati dan sanubari kita ini? 

Mungkin bila tiba masa itu hadir ke dalam mata Kita akan dapat melihat dengan lebih dekat lagi kedahsyatan sewaktu pertama kali mereka mengejek kita atau mungkin ini semua hanyalah satu khayalan yang mahu menggubah menjadi realiti yang hanya berbentuk rekaan utopia yang di impikan oleh anak-anak kecil yang belum mengenal erti dunia sebenar.....

Ahad, 26 Jun 2016

cacatan seorang pesakit 19#

Bila tiada kenangan yang terindah untuk di ingatkan semasa aku duduk dalam kegelapan menunggu mimpi.  Muncul kenangan yang tidak membahagiakan untuk aku merasai. Terlalu sukar untuk aku hadam bila mana kenangan-kenangan yang tidak mahu aku ingatkan menjadi segar dalam ingatan.  Segala perasaan menjadi anarki yang menjadi barah untuk seketika.  Aku sakit bila kenangan yang aku mahu lupakan muncul tanpa memanggil nya. 

Takut?  Fobia?,  ya!  Aku harus hadapi.  Walaupun ia sangat lah tidak menyenangkan, aku harus terima bahawa itu lah kenangan yang aku telah lalui selama aku hidup dalam masa lampau

Sabtu, 28 Mei 2016

kisah untuk di lupakan #1

Apa yang akan terjadi pada kita ?. Jika kisah hati kita semakin tenggelam dalam rahsia yang tak dilupakan.  Kau langsung tak berdaya untuk menyebut kisah kita yang tiada apa ertinya. Kau mungkin akan kehilangan sesuatu yang berharga dalam kisah ini, atau mungkin aku yang mula merasai kebosanan yang tiada penamat dalam  kisah hati ini.

Seperti apa yang akan aku hadapi dalam kisah ini. Tiada kata putus dalam kisah hati kita. Janji yang kau katakan yang menjadi ikatan hati kita… tiada siapa mengetahui. Di antara kau dan aku, janji itu hanyalah satu bingkisan debu yang berterbangan bila di tiup angin. Kau leka dengan keindahan yang kau impikan. Aku pula terus hanyut dalam gelora hati yang tiada jawapannya.

Kau terdiam.
Aku terjatuh. 

Masa berlalu tanpa kita sedari. Kita asyik mengira bintang-bintang dilangit tanpa mengendahkan perihal lain. Kita lalai mendengar dendangan irama dan lagu yang menarik tubuh kita untuk menari bersama. Bila aku mula menyedari sejauh mana kita hanyut dalam kisah kita ini, kau hanya terdiam dan merenung ke arah laut. 

“lihat , ada cahaya di tengah laut”.
Aku hanya melihat dan tidak mengeluarkan apa-apa kata yang terbenak dalam pemikiran.

“mungkin suatu hari nanti kau akan menjadi seperti cahaya itu, tapi cahaya itu bukan untuk aku”. 

Tiba-tiba terasa seperti ditindih sesuatu, aku meronta-ronta dan tersentak, ada sesuatu di atas badan, rupanya cik bulus mengejutkan aku untuk memberi dia  makan.

Kisah itu pudar. 

Aku bermimpi.

Ahad, 10 April 2016

Cacatan Aku Penganggur (3)

well, agak riak lah kalau aku nak cerita bagaimana aku boleh sampai ke peringkat terakhir temuduga kerja yang mana hampir semua rakan universiti tak lepas 'online exam'. to damn to be true.
Itu semua nasib je. sekali lagi N.A.S.I.B. 

okay, ini pengalaman aku masa berada dalam bilik Temuduga.
Provok!! Psiko!! Provok!!Psiko!!!Provok!! Psiko!! Provok!! Psiko!!Provok!! Psiko!! Provok!! Psiko!!Provok!! Psiko!! Provok!! Psiko!! Provok!! Psiko!!Provok!! Psiko!!Provok!! Psiko!! Provok!! Psiko!! Provok!! Psiko!! Provok!!Psiko!! Provok!! Psiko!! Provok!! Psiko!! Provok!! Psiko!! Provok!! Psiko!! Provok!! Psiko!! Provok!! Psiko!!Provok!! Psiko!! Provok!! Psiko!! Provok!! Psiko!! Provok!! Psiko!! Provok!! 


cacatan seorang pesakit 18#

Selama ini aku tenggelam dalam kekosongan yang tidak memberi apa-apa makna dan erti tentang kehidupan dan pertalian. Aku lupa kerana aku terlalu sibuk menyesakkan diri dalam lautan pemikiran manusia yang aku sendiri tidak kenal akan kejahilan dalam diri aku ini. 
Maaf. 
Aku alpa tentang diri aku sendiri. Aku berpaut pada dahan yang rapuh, yang aku sangkakan kebanggaan dan kemasyhuran.. rupanya hanya seketika sahaja.  
Aku lalai dengan fikiran aku. Aku terpedaya dengan mereka hingga aku hampir menjadi seperti mereka. 
Sungguh terlalu lama aku hanyut dalam layaran mereka. Siapa mereka?. 
mereka adalah jiwa-jiwa kosong yang hampir berjaya memperdaya aku tentang bisikan-bisikan keindahan dunia mereka.
Malam ini tiada bintang yang setia, sanggup rebah untuk bersama dengan ku.
Malam ini mungkin tiada ertinya jika aku hanya tiba di suatu kehidupan yang kosong.

Ahad, 3 April 2016

Sebenarnya Kita ini siapa dalam hati kita

Tak semestinya yang ada di depan kita semua nya indah belaka. Kadang-kadang yang ada di depan kita lah penyebabkan hati kita seperti di toreh dengan pisau.Ya !, ia amat menyakitkan. Walaupun secara semula jadi tak jelas akan kesakitan yang di alami. Tapi siapa yang tahu melainkan yang Esa pabila hati dan perasaan di goda oleh jiwa yang tidak mempunyai keperimanusiaan. 

Hina kah kita ?. Bila mana kita mahu memulakan sesuatu yang indah. Namun hasrat itu diceroboh dengan rakus oleh jiwa yang tidak bertanggungjawab yang hanya mencari kenikmatan diri sendiri.

Alangkah indah nya bila kita hidup dalam suatu keadaan yang di sebut utopia . Sebaliknya yang berlaku suatu keadaan berupa anarki.

Sampai bila kah kita harus kekal sebegini ?. Seringkali kita berbicara mahu pergi. Selalu juga kita berbicara untuk memulakan sesuatu yang baru. Namun, ia berakhir dengan sebuah tragedi yang bersifat angan-angan.

Sabtu, 23 Januari 2016

seperti sihir yang gelap menjadi merah

Langit hari ini mendung.
Mendung nya sama seperti dunia aku yang kucar kacir. apalah nasib aku, hilang segala. hanya habuk dan debu yang jelas kelihatan di depan mata.

Pabila aku memikirkan tentang suatu cinta. apakah aku yang mendapat keuntungan atau kerugian ?.
adakah cinta itu satu kejayaan atau kegagalan ?. kenapa cinta itu buta?. apakah cinta yang buta itu menjadi satu cinta yang agung dalam setiap pasangan dalam dunia ini.
sesungguhnya aku tak pernah dapat melarikan diri dari pengaruh cinta. apakan daya, dunia ini, masyarakat ini semenangnya bergantung pada cinta.

Cacatan Aku Penganggur (2)

Aku ada satu cita-cita. Tapi cita-cita itu terpaksa ditangguhkan kerana kesilapan memilih, kesilapan memikir, dan kesilapan memilih jalan. Apakah aku rosak dalam bidang yang sepertinya menjadi satu penguasa dalam aliran masyarakat yang ke arah dunia maju yang sedang tenat .

Apalah sangat pada pemikaran kolot tentang manusia-manusia yang meletakkan satu standard untuk memilih jalan untuk masa depan mereka. Tidak salah untuk memilih dan meletakkan satu harga diri yang tinggi. Tetapi janganlah meletakkan diri kita seperti dewa-dewi greek. aku celaru dengan perkataan 'standard' yang membawa seribu satu maksud.

kini, aku masih terkapai-kapai dengan tiada kemahuan diri. Terjerat dalam prosa 'no job no money', membuatkan aku jadi bengang dan menyampah akan mereka-mereka yang meletakkan dinding perbandingan dan berbangga diri.

mungkin rezeki untuk aku tersilap jalan hinggakan aku terpaksa menunggu lama untuk melunaskan cita-cita  dan impian yang aku impikan selama ini.

...dan aku tidak akan putus berdoa.

Sesuatu yang indah tidak dikongsi

Apakah ada keindahan yang tinggal dalam diri ini. Tiada..
Tiada apa tersisa dalam jiwa yang tiada irama hati.
Berapa lama diri ini hanyut dalam lautan ombak berduka lara. Terlalu lama.

Memikirkan kenikmatan orang lain. menyimpan kehendak diri yang tiada siapa peduli, mengiyakan segala nya apa yang di katakan. apakah diri ini berkelakuan seperti haiwan yang tiada anugerah akal untuk memikirkan sesuatu keindahan yang nyata.

tiada siapa yang mengerti akan diri ini. Mereka datang, mereka rosak, lalu mereka pergi tanpa melambaikan tangan sebagai satu penghormatan akan diri ini.