Isnin, 26 September 2016

kisah untuk di lupakan #2

Mungkin hari itu akan jadi memori yang terakhir untuk kau dan aku. Beberapa tahun kau mengenali aku, setiap detik kau mencari aku.. tak akan pudar di dalam memori hati ku. Akan aku simpan sebagai kenangan yang mungkin di suatu hari nanti ia akan menjadi cerita yang agung untuk mendapatkan perhatian dunia yang semakin hilang rasa ghairah nya. 

Hari itu, aku juga yang terlalu ego untuk tidak menoleh kebelakang untuk menunggu kau. Jika hanya sesaat aku menunggu..kita tidak akan jadi seperti ini. Sunyi dan sepi.. Tiada lagi kerancakkan perbualan kita setiap kali kita memerlukan sesama sendiri. Perit kan jika apa yang kita sedang bina tiba-tiba hancur berkecai. 

Tiada siulan maaf lagi yang aku dengar.. Lamakah lagi harus aku tunggu untuk menyapa dan bersua tentang perasaan hati dan kebingungan dunia. Apakah kita sudah melupakan tentang diri kita ?. atau mungkin ada diantara kita telah hilang rasa keindahan tentang kita. 

Mungkin aku yang menjadi semakin bosan. Bosan dengan apa yang ada didepan mata. Aku tidak pernah mencuba untuk menghilangkan rasa bosan ini. Aku membiarkan hinggakan Bosan itu sendiri menjadi sebahagian hidup aku.

Rasanya. ini lah yang terakhir dan pergi melayang mengikut arah angin yang tiada destinasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan