Kehidupan selepas berjaya mencipta hutang demi mendapatkan segulung kertas berwarna kuning amatlah mengejutkan. Apa yang dibayangkan hanyalah satu utopia yang membutakan otak. Situasi pada masa ini amatlah memedihkan khayalan aku. Aku rasa bukan aku seorang sahaja yang merasakan keadaan yang amat terasing dari yang digembar gemburkan sewaktu aku menjadi banduan Universiti. mungkin ada yang senasib seperti aku ini.
Memang 'shit' la pada orang-orang yang cakap, "rezeki ada dimana -mana bro, bersabar lah" , "bro kena pandai cari lubang, baru boleh dapat" dan etc etc. orang - orang macam gini memang celaka, sebab apa aku cakap macam tu, sebab negara yang aku diami bukan negara yang berfikiran bebas atau boleh terima others people opinion. dari apa pengalaman yang aku dapat sewaktu memburu kerja, kebanyakkan majikan lebih memandang pada pengalaman kerja. jadi fresh graduate mati kutu lah. Nak harapkan masuk govt ?. memang sampai tua lah dapat interview kemudian failed. sebab apa?. kau tak ada kroni, link, surat sokongan dari orang penting. This is Bullshit!!!!.
Khamis, 15 Oktober 2015
Isnin, 12 Oktober 2015
Coretan syajarah 1#
Norman Cousins pernah mengarut. katanya
"Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas."
***
Sebelum merdeka 1957 : penjajah British membawa orang india dari India dan orang cina dari negara China ke semenanjung Tanah Melayu.
Mereka berjaya menjadi salah satu bangsa Malaysia.
Sesudah Merdeka 1957 : Kerajaan Malaysia membawa orang bangladesh dari negara Bangladesh, orang Vietnam dari negara Vietnam, orang Nepal dari negara Nepal.
Adakah di suatu hari nanti orang-orang ini akan berjaya menjadi salah satu bangsa Malaysia ?.
Hail Malaysia!.
Langgan:
Ulasan (Atom)