Rabu, 9 Disember 2015

cacatan seorang pesakit 17#

Adakah aku masih tergantung dalam bayangan fantasi ?. apa kah akan terjadi jika aku tahu bahawa aku tidak lagi ada dalam bayangan fantasi. adakah aku akan merelakan semua ini berlalu ?. adakah aku sudah bersedia untuk melepaskan semua ini dan mengucapkan selamat tinggal pada segala penat dan lelah yang aku bangunkan selama ini ?.  Adakah ini satu perpisahan ?.

semua persoalan ini menjadi mimpi ngeri yang merosakkan fikiran aku.

Khamis, 15 Oktober 2015

Cacatan Aku Penganggur

Kehidupan selepas berjaya mencipta hutang demi mendapatkan segulung kertas berwarna kuning amatlah mengejutkan. Apa yang  dibayangkan hanyalah satu utopia yang membutakan otak. Situasi pada masa ini amatlah memedihkan khayalan aku. Aku rasa bukan aku seorang sahaja yang merasakan keadaan yang amat terasing dari yang digembar gemburkan sewaktu aku menjadi banduan Universiti. mungkin ada yang senasib seperti aku ini.

Memang 'shit' la pada orang-orang yang cakap, "rezeki ada dimana -mana bro, bersabar lah" , "bro kena pandai cari lubang, baru boleh dapat" dan etc etc. orang - orang macam gini  memang celaka, sebab apa aku cakap macam tu, sebab negara yang aku diami bukan negara yang berfikiran bebas atau boleh terima others people opinion. dari apa pengalaman yang aku dapat sewaktu memburu kerja, kebanyakkan majikan lebih memandang pada pengalaman kerja. jadi fresh graduate mati kutu lah. Nak harapkan masuk govt ?. memang sampai tua lah dapat interview kemudian failed. sebab apa?. kau tak ada kroni, link, surat sokongan dari orang penting. This is Bullshit!!!!.

Isnin, 12 Oktober 2015

Coretan syajarah 1#

Norman Cousins pernah mengarut. katanya
"Sejarah ialah sistem amaran awal yang luas."
*** 
Sebelum merdeka 1957 : penjajah British membawa orang india dari India dan orang cina dari negara China ke semenanjung Tanah Melayu. 
Mereka berjaya menjadi salah satu bangsa Malaysia.

Sesudah Merdeka 1957 : Kerajaan Malaysia membawa orang bangladesh dari  negara Bangladesh, orang Vietnam dari negara Vietnam, orang Nepal dari negara Nepal.
Adakah di suatu hari nanti orang-orang ini akan berjaya menjadi salah satu bangsa Malaysia ?.

Hail Malaysia!.

Selasa, 26 Mei 2015

cacatan seorang pesakit 15#

Poket ku bocor, bekalan mimpi ku banyak tercicir. Apakah ini kehancuran perasaan fantasi aku ?.

Ahad, 19 April 2015

cacatan seorang pesakit 14#

Eksperiman aku tidak berjaya. Aku langsung tidak ketemu kebahagian dalam jiwa aku. Apa yang aku jumpa hanya satu lubang hitam yang amat pekatnya kegelapanya. Sungguh aku tak kecewa akan kegagalan eksperiman aku ini. Bagi aku lubang hitam itu adalah rasa kekalahan yang telah lama aku lupakan sejak aku terkeluar beberapa ratus hari dari 'tempat itu'. Aku tidak tahu apakah gelaran 'tempat itu'. Aku hanya tahu, bila aku membuka mata aku terlihat cahaya putih yang kuat sinarnya dan di sahuti suara-suara gergasi. adakah aku hidup dalam satu keadaan di mana fantasi dan realiti bergerak di dalam satu jalan?.

Rabu, 18 Mac 2015

cacatan seorang pesakit 13#

Mungkin kita sudah lama berada di suatu tempat yang damai dan tenang. Hingga kita alpa tentang keadaan kita sekarang dan kerana itu juga tiada apa yang kita rasa, bila kita mula mahu pergi sejauh-jauhnya. kita kekosongan idea.

kita terlalu selesa dengan keadaan sebegini. tiada cabaran, tiada halangan. semuanya terjadi di antara kita adalah istimewa. Biarpun ada hasutan dari 'malaikat yang jatuh ke bumi', kita tetap tabah dan sentiasa tenang.

Aku sedar. harapan yang kita bicarakan dahulu hanya satu ilusi yang diungkapkan di bibir sahaja. Aku hanya bermain cinta dengan bayang-bayang. Tiada apa yang aku mampu lakukan untuk mengubah bayang-bayang menjadi sang puteri. 
oh, terlalu tinggi harapan aku.

Sabtu, 7 Mac 2015

cacatan seorang pesakit 12#

Kabus tebal memusnahkan rekaan cinta yang lesu. bintang- bintang cakerawala gagal menyinarkan sinaran hati yang gelora dengan keghairahan nafsu abadi. seperti mana pungguk rindukan bulan. seperti itu lah aku menunggu engkau kembali ke pangkuan ku.  

Sabtu, 21 Februari 2015

cacatan seorang pesakit 11#

Berapa lama lagi aku dapat kekal dalam dunia ini. 10 tahun kah? 35 tahun? atau dua jam lagi. Setiap detik, menjadi terlalu bermakna untuk menikmati dan menghargai sesuatu yang indah dan tenang.
 ***
masih ada kah lagi peluang untuk aku memulakan semula suatu kisah yang kekal abadi? Kisah yang menjadi epik sepanjang hayat ketamadunan ini.
 ***
Aku takut.

Sabtu, 3 Januari 2015

Chatatan kecil 15#

Jangan pernah sesekali kau berputus asa untuk berhenti berfikir. walaupun kau berfikir tentang agama, cinta, dunia, 18+, musik, politik, seni, sukan dan etc. Teruskan lah berfikir supaya di suatu hari nanti kau akan tersedar bertapa bertuahnya diri kau kerana berpeluang merasai dan menikmati warna warni ilmu pengetahuan yang tiada batasan.

Walaupun kau dikelilingi  oleh puak puak yang memaksa kau supaya kau berfikir perkara yang sama dengan mereka. Teguhkan lah pendirian kau supaya kau tidak menjadi seseorang yang perlu bergantung pada orang lain untuk berfikir.

Jika kau di caci, dikeji, difitnah dan dipulaukan oleh mereka-mereka yang tidak boleh mengubah cara kau berfikir. Tabahkan lah hati kau dan jadikan lah itu sebagai satu suntikan dadah yang mengkhayalkan nafsu kau untuk pergi jauh.