Mungkin kita sudah lama berada di suatu tempat yang damai dan tenang. Hingga kita alpa tentang keadaan kita sekarang dan kerana itu juga tiada apa yang kita rasa, bila kita mula mahu pergi sejauh-jauhnya. kita kekosongan idea.
kita terlalu selesa dengan keadaan sebegini. tiada cabaran, tiada halangan. semuanya terjadi di antara kita adalah istimewa. Biarpun ada hasutan dari 'malaikat yang jatuh ke bumi', kita tetap tabah dan sentiasa tenang.
Aku sedar. harapan yang kita bicarakan dahulu hanya satu ilusi yang diungkapkan di bibir sahaja. Aku hanya bermain cinta dengan bayang-bayang. Tiada apa yang aku mampu lakukan untuk mengubah bayang-bayang menjadi sang puteri.
oh, terlalu tinggi harapan aku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan