Rabu, 26 Februari 2014

Nota Kecil : jendela sejarah lampau

Yang dipuja menjadi bangkai
yang dibenci mejadi harum
yang cacat di caci
yang di fitnah menjadi raja.

Runtuhnya kota melacca
menjadi satu petanda
ramalan nostradamus
menjadi nyata.

Datangnya umat feringgi
memecah belahkan umat Nusantara
kononnya mahu cuba mentamadunkan
tapi kehancuran di kecapi.

Mati bapa mempertahankan adat,
mati anak mempertahankan tradisi.
di angkat sebagai perkhianat
dijulang sebagai pembelot.

Kisah yang agung,
hikayat yang indah.
dijulang.
di junjung dalam pentas sandiwara
hingga unsur-unsur mitos berleluasa
akhirnya menipu setiap keturunan.


Nota kecil : perjalanan

lupakan segala-galanya
lupakan segala ketengangan yang membara
hanya pikirkan satu ruang yang kecil
untuk 
dijadikan tempat berteduh.

usah risau dengan takdir
jangan runsing dengan ketentuan
pinggiri lah mereka
agar kau dan aku
kita dan mereka
dapat bersama-sama 
untuk seketika.

masa yang suntuk
sukar untuk aku melafazkan 
sebuah seruan 
dari gunung semanggol
yang hadir untuk meratah
setiap ranjau hidup kalian.

chatatan kecil 3#

kadang-kadang aku terpikir, apa yang aku nak dalam hidup aku. Aku memikirkan jawapan kepada kehendak aku dan kehidupan aku. sudah bertahun-tahun aku cuba mencari jawapannya. sayangnya aku hanya terawang-awang dalam dunia imaginasi aku.

Pabila aku terkeluar dalam dunia imaginasi aku, aku mula rasa kekok, takut, bingung, marah, sedih, kecewa dan hampa,, aku mula memikirkan jawapan kepada kehendak aku. Di ruang yang kosong dengan bertemankan lampu tidur yang malap aku bertanya pada hati tentang jawapan yang selama ini aku mencari. sehinggakan aku terlena seketika.

Bila bangun dari tidur, aku  berada semula dalam dunia imaginasi aku. aku seolah - olah berada di tempat yang baru dan aku menjadi raja dalam dunia imaginasi aku. Apa yang aku pinta dan hajatkan semuanya akan termakbul dengan sekelip mata sahaja. namun, itu semua tidak memuaskan aku. aku bingung,.. bingung.. bingung...

Chatatan kecil. 2#

Kali pertama kau hadir dalam hidup aku, tidak ada sepatah perkataan pun yang aku mampu ucapkan. Aku terpesona dan kaku seperti tiang lampu. Akal, hati, dan lidah aku membeku seketika apabila kau mahu meminta secebis daging dari hati aku untuk disatukan dengan hati kau yang suci dan kemerahan.

Namum, itu semua tidak mudah bagi aku untuk memberikannya pada kau. walaupun kau merupakan seorang yang unik dan pelik, tapi amat sukar untuk aku memenuhi permintaan kau. permintaan yang kau pinta terlalu tinggi nilainya.
p/s ; jika aku beri hati ini pada kau, mati lah aku..

Isnin, 3 Februari 2014

leluhur yang hilang.

Terima kasih.
kepada yang di puja menjadi bangkai,
yang di keji menjadi wangi,
si syaitan ketawa dengan riangnya,
kerana sayap putih akhirnya bertukar hitam.

yang di atas hanya memerhati,
yang di bawah pula hanya meratapi,
tersungkur dengan percakapan yang berapi,
berakhir dengan tangisan yang pilu.

sayangnya.
kerana cinta,
kerana adat,
kerana patriot,
hilang segala-galanya.