24 JANUARI
Sudah sembilan hari, Awang berjaya melepaskan tali ikatan yang teramat susah untuk di putuskan dan terus melarikan diri . Terima kasih pada bara - bara hati yang muncul dan sanggup meminjamkan emosi - emosi gelap kepada Awang.
Di pinggir hutan, sebuah pondok usang yang beratapkan dahan - dahan pokok hutan menjadi tempat persembunyian Awang. nyanyian - nyanyian makhluk hutan membuatkan suasana sekeliling Awang menjadi meriah.
Awang berehat di sebuah kerusi malas sambil memegang sebuah diari yang diterimanya semasa melarikan diri...
Awang membaca diari.
Muka surat pertama tertulis :
"sebuah kisah rakaman harian tentang pengalaman dan pemerhatian peribadi oleh seorang pemuda yang gagal dalam persahabatan duniawi."
Muka surat kedua :
" aku manusia, aku hidup dalam dunia ini sebagai seorang pengembara.. pengembara yang sentiasa dahagakan ilmu. aku jadikan ilmu sebagai harta karun ku. sekian lama aku mengembara di beberapa zarah - zarah kulit bumi , akhirnya aku berhenti di sebuah singgah sana yang amat gah namanya"
"di situ aku banyak menerima ilmu - ilmu klasik yang amat jarang di miliki dan diketahui umum.Sungguh mengujakan apabila dikhayalkan dengan bau - bauan ilmu yang amat unik. tapi....
di singgah sana itu , bukan hanya menerbangkan ilmu, ia juga menjadikan titik penghabisan kepada para pengembara.
Muka surat Ke tiga :
"aku mula mengenali beberapa pengembara yang berlatarbelakang berbeza antara satu sama lain. di sini aku dicorakkan dengan pelbagai warna - warni kehidupan. perkara yang tidak aku sangka dan aku duga menjadi satu realiti yang sememangnya tidak dapat untuk aku elakkan. aku hanyut dalam ragam - ragam sosialiti."
Tatkala tidak mahu membaca diari itu, Awang terus menyelak helaian diari itu ke beberapa muka surat yang terakhir .
Beberapa muka surat akhir :
"sudah berpuluh - puluh purnama aku bermaustatin di singgahsana ini, aku mula berasa kan sesuatu yang pelik.Jiwa aku mula terganggu , kehidupan aku tidak tenteram , aku mula berprasangka buruk."
" Aku mula dituduh dengan pelbagai tafsiran, sangkaaan , andaian tanpa Usul Periksa. Aku juga diserang seperti dituduh membunuh. Akhirnya Aku disalah kan oleh para pegembara lain."
"Aku mula bersendiri , meminggirkan diri "
" kadang - kadang aku berasa Tertipu dan Tidak Adil.. Aku mula menyimpan Dendam , dengan hasrat disuatu hari nanti aku akan membalasnya semula."
"aku cuba untuk menentang, tetapi aku hanya berjaya meracuni pemikiran aku. Aku jadi buntu dan gagal seperti terjatuh dalam lurah kehinaan. selama ini kepercayaan hanya lah satu kepalsuan , amanah yang di beri menjadi debu , janji yang dipegang hanyalah hinaan yang diterima , persahabatan untuk kemegahan sahaja"..
itulah hakikat nya......
Awang cuba menyelak helaian seterusnya. Tetapi hanya helaian kosong sahaja.
Awang terus menutup diari itu dan memasukkan ia ke dalam bag Awang..
sambil mendengar nyanyian makhluk - makhluk hutan Awang berfalsampah ..
" Dunia itu indah, tiada tiruan maka berleluasalah hipokrit "
Khamis, 24 Januari 2013
Isnin, 14 Januari 2013
CACATAN SEORANG PESAKIT 2*
"Bergini lah rupanya" katanya kepada aku yang sedang menghembus asap rokok ke ruang udara.
"Untuk apa?.." soal ku padanya.
"Untuk manusia - manusia hipokrit , manusia egois, manusia pendendam, manusia sombong."
"Tapi mengapa sehingga sekarang kau masih menyimpan? ".
" Karma,. siapa yang tahu kan? ".jawabnya dengan nada yang sinis.
" Tapi ini salah,.. aku lebih rela hidup bergini dari menyimpan benda nih".
"Sampai bila kau mahu hidup seperti ini ?. sudah tiba masanya kau harus mengizinkan semuanya berlaku. Aku kesian pada kau, sampai bila kau mahu duduk dalam sangkar yang dipenghuni oleh roh - roh hipokrit, roh dengki ,roh tamak ,roh cemburu.." katanya .
"Tidak! , tidak! , tidak!", aku menjerit dengan sekuat hati .
"Sekarang pilih , sama ada kau mahu terus hidup seperti ini atau kau terima tawaran aku dan terus menjadi seperti aku dalam dunia yang hipokrit ini !.
Ingat, tiada tawaran kedua dan aku tak akan tarik semula apa yang telah aku lakukan dan aku katakan tadi"....
"Sekarang pilih , sama ada kau mahu terus hidup seperti ini atau kau terima tawaran aku dan terus menjadi seperti aku dalam dunia yang hipokrit ini !.
Ingat, tiada tawaran kedua dan aku tak akan tarik semula apa yang telah aku lakukan dan aku katakan tadi"....
Selasa, 8 Januari 2013
CACATAN SEORANG PESAKIT
Sudah hampir satu tahun setengah aku keluar dari kepompong kehidupan
lama.
1 ½ tahun..
Satu tahun setengah
adalah waktu yang paling lama bagi aku dalam cebisan – cebisan kehidupan yang
penuh warna warni ini.Dalam waktu itu , aku tidak menjangkakan begitu banyak kejadian – kejadian sadis yang aku
alami dan disebabkan itulah aku dibuai dengan perasaan , emosi, dan naluri jiwa
yang menjadi nadi hidupan yang macam bangang.
Jika dahulu aku hanya seorang yang mengikut kata, seorang
yang pendiam, dan tak tahu nak bergaul dengan manusia lain , tetapi sekarang
aku boleh diibaratkan sebagai seorang yang bodoh , bengap , bangang dan bla bla
bla.. sebab apa , sebelum aku keluar
dari kepompong , aku ingatkan kehidupan
baru yang bakal aku jalani akan berjalan seperti apa yang aku rancang tetapi
itu semuanya ideal fantasi pemikiran aku sahaja kerna hukum sosialisasi lebih
kuat kuasa keadilannya hingga aku ternodai dengan karma – karma duniawi. aku
mengaku yang aku telah tertewas dan kecundang dalam mengertikan tentang tambah
dan tolak perjalanan hidup yang aku alami.
Sekarang aku sedar , yang hidup ini bukannya indah semata –
mata. Bagi aku , situasi sekarang nih siapa yang berani, bijak dan peka akan “survive”. Tak kira lah sama ada hidup
ini berkiblatkan tipu muslihat, tikam belakang, fitnah , dendam, dengki dan
bagai - bagai ,arhhh! Itu semua adalah cara untuk survival. Semuanya adalah
satu lumrah. Lumrah yang hakikatnya kita semua amat memerlukannya dan kita
pernah melakukan semua itu untuk kepentingan kita sendiri.
Memang aku tak menolak tentang keabadian agama yang menjadi
tunggak kepada mercu tanda akidah seseorang makhluk,tetapi aku masih kekurangan pengetahuan dalam agama
untuk menjadi peluru untuk aku tembak pada sasaran yang tepat. Namum, apa yang
aku perolehi hanyalah kelongsang peluru yang kosong. Walaupun aku tak nampak , tapi aku percaya
pada tuhan yang esa.
Bagi aku, wang bermakna kosong. Kebanggaan yang diagungkan
ibarat kain yang sudah lusuh. Apa yang aku mahukan sekarang adalah teka – teki keadilan
untuk aku terus hidup dalam dunia yang bernama bumi. Jikalau semua itu aku
menemui jalan mati, akan ku perjudikan nasib duniawi.namun,
Hakikatnya takdir dan ketentuan tidak dapat ditentukan oleh manusia.
Hakikatnya takdir dan ketentuan tidak dapat ditentukan oleh manusia.
Selama setahun setengah aku berasa amat perit dan
kesakitannya kerap datang menghantui aku tidak kira siang dan malam, dan tiada gunanya untuk aku merasa menyesal tentang
apa yang berlaku dan berlalu, kerna aku yakin esok pasti ada yang baru. perkara yang lepas itu hanyalah satu fasa dalam dunia aku yang berpenyakit ini.
Selasa, 1 Januari 2013
ZAT RACUN.
oh...
getaran akhirnya sudah berhenti.
air yang keruh sudah kembali jernih.
jalan - jalan murni kembali ke landasan.
kesempurnaan mimpi menjadi satu igauan.
dalam gelak dan tawa
sedih dan kemurungan
semuanya sudah tertangkap
diletakkan dalam satu ruang yang besar
untuk di cuci menjadi bersih.
suasana yang tidak seimbang
di hembus dengan nikotin
oksigen mula menampakkan gelombang
dalam era bima sakti.
akhirnya,
pergi untuk selama - lamanya.
pulang demi nasihat darinya.
meninggalkan kerana disumpahi.
dikembalikan pabila dihisab.
ini tentang satu kisah yang dilupakan.
tragedi yang di ingati untuk dijadikan kenangan.
Langgan:
Ulasan (Atom)