Khamis, 25 Oktober 2012

- KATA KU -

Bukan aku sengaja tak mahu mencarinya..
sebab ia amat susah untuk melukakan.
apatah lagi kalau ia hilang
lagi lah aku tak tenang.

Untuk terimanya.
aku terpaksa memisahkan jantung dan otak
jadi aku akan kekosongan
sunyi...
sepi..
.......................................................................
Cinta ?.
kenapa dengan itu.
biarlah ketentuan yang menyelesaikan
sesungguhnya aku memerlukan 13 lilin.
untuk kembali kepada siang ke malam
dan malam ke siang.

perjanjian..
aku gagal untuk menyeberang
ada raksasa yang menghalang
aku pun tak berani nak menyerang.
jadi aku kucup pedang
dan tanam di tanah gersang.

Bahagia atau sepi..
aku sanggup memilih sepi.
dapat mendiamkan diri.
boleh di isolasi .
selesa berhibernasi.
tanpa diawasi.

Sombong .
itu hak kalian untuk taksifkan.
bukan aku telan air liur jiwa - jiwa berlapis
yang macam kek lapis.

Selamat tinggal.
baiklah, selamat Jalan..


Jumaat, 19 Oktober 2012

PERBINCANGAN 3 SISI


*              *              *             *   
Di suatu sudut yang terlindung dengan meja,kerusi yang lusuh dan diserikan suasana yang sunyi lagi sepi , muncul  kelibat tiga orang  yang  sedang berlepak di kawasan yang mereka gelar “port rahsia”.
 Di harian yang biasa dan amat membosankan,  salah seorang dari mereka telah bertanyakan satu perkara kepada kawannya…

“adams , kau percaya tak, orang yang sakit mental tu sebenarnya tak gila ?”. kata jeff yang sedang memerhati pergerakan awan.
“ ummm,aku  tak percaya”. Kata adam sambil mengunyah jajan ring - ring di dalam mulutnya.
“Sebab apa kau tak percaya?”.sambut John yang masih terpinga – pinga dengan pertanyaan Jeff.
“Sebabnya, ada bukti kajian yang dilakukan dan diorang kata orang yang sakit mental tu memang gila”. Kata Adam.

“Bagi aku , orang yang sakit mental tu sebenarnya tak gila, sebab mereka tak minta pun nak jadi gila.pendapat aku lah , mereka tu sebenarnya mendapat satu keistimewaan. Keistimewaan nya kan ,mereka dapat tengok dunia ilusi…”
“Dunia ilusi ?.” sampuk John..
“jangan potong aku nak cakap boleh tak?”. kata Jeff dengan nada yang serius.
“Ok.. ok .. sorry”. Jawab John.

“gini ceritanya, orang yang sakit mental tu sebenarnya mereka dapat lihat dunia yang satu lagi. Maksudnya mereka tu dapat lihat dunia yang orang – orang biasa tak boleh lihat dengan mata kasar dan sebab itulah kalau kita pergi ke hospital sakit mental kita akan Nampak orang yang kononnya sakit mental tu ketawa sorang – sorang , bercakap dengan dinding , berlari – lari dan macam – macam aksi lah yang mereka buat.” Kata Jeff yang sedang bersemangat dengan syarahannya .
“haaaaa????”. Jawab John yang masih tak paham kata – kata John tadi.

“Kiranya kau cakap orang yang sakit mental tu tak gila dan diorang dapat keistimewaan. Jadi orang yang cakap orang yang sakit mental tu gila sebenarnya tak betul la tanggapan mereka ?. macam gitu ?”. soal  Adam.
“ yup , betul tu . orang yang mengesahkan orang gila tu sebenarnya mereka tu cemburu, dengki dengan orang yang dapat lihat dunia ilusi sebab mereka tak dapat keistimewaan tu , jadi mereka berpura – pura la cakap orang yang dapat lihat dunia ilusi tu gila, sakit mental la….”

“ohhh…..”kata John yang baru paham dan tiba – tiba ..
 “oooohhhhhhhh…. Dekat sini ye kamu bertiga berlepak , tak masuk kelas eaa...” Sergah cikgu James.

Perbincangan Adam ,Jeff, dan John terhenti kerana disergah oleh cikgu James yang tahu Port rahsia mereka dan dengan itu juga punggung mereka bertiga berbirat dengan hayunan rotan lagenda cikgu James….


-tamat-

Selasa, 9 Oktober 2012

ITU SEMUA YANG KALI TERAKHIR


Memulakan dengan kalimah bismillah
Dan ia seharusnya di sucikan dengan hikmah
Demi memulakan lafaz menjajah
Aku mengkorbankan huruf hamzah.

Aliff..
Dalam arahan yang capuk
Aku membuka lembaran yang berhabuk
Teori dan kronologi berubah menjadi klasik
Yang Akhirnya ideologi menjadi tragik
Suara – suara bangang mahukan infiniti yang nampak
Tapi jiwa – jiwa itu merelakan pak turut yang hapak

Ba..
Di sentuh menjadi haram
Maka dibelah untuk di baham
Godaan dan ke anak – anakkan bakal tersembam
Bila di sentuh terkeluar cecair embum
Tapi ia hanya Nampak diluaran yang masam

Ta..
Lapisan dibawah lapisan
Aku ingin berpesan
Untuk masa hadapan
Undurkan lah diri demi balapan
Yang bakal membunuh dengan segala harapan.


Sa..
Sayangnya dengan hidup kesunyian
Bila disuruh keluar dari bersendirian
Aku Terluka dengan panah kesepian
Cedera dengan tuduhan
Terlepas tempias makian
Hati telah hidup dalam kehinaan

Terima kasih diatas semuanya
Gelak ketawa hanya tinggal kenangan yang nyata
Realitinya bagai paku yang bertaburan di jalan raya
Putaran diharamkan berputar di dalam paksi cahaya
Supaya nanti dapat digantikan dengan belitan raya..

Isnin, 8 Oktober 2012

ENTAH LAH.


Dalam dunia yang permai..
Aku merangkap sang Penghuni
Aku meyertai kelompok keluarga bumi..
Dan aku menjelma dalam pelbagai ilusi..
Aku berkhayal untuk memahami personaliti diri..
Tetap aku masih jahil dengan diri ku ini.

Aku mula dimalukan dengan gelojah..
Aku terseksa dengan asakan dan terjahan..
Aku malu dengan karenah diri yang berlebihan..
Aku seiring dengan perhinaan personaliti mantan..

Walaupun Pedih dan luka menghadapi..
Aku buka lima jari untuk menyambut dengan rela hati..
Seratus lapaz aku muntahkan untuk dosa yang tinggi..
Tingkah laku aku bukan pencetus keesaan kuasa mati..
Selagi putaran tak akan terhenti aku tetap bergini..

 Demi diplomasi yang hampa..
Wujudkanlah propaganda yang amat hebat propagandanya..
Bercuba lah berkali – kali untuk memahami masa..
Beludah la dengan segala makna..
Percayalah kepada fakta..
Jangan murung selagi tidak jumpa punca
Di hulu dan di hilir tersembunyi caranya..

Ini yang terakhir aku rosakkan
Yang lain  akan aku menyelesaikan…
dengan nama yang maha esa
maafkan aku sebagai maaf yang selamanya.
aku akan kembali seperti air mencari parasnya..

SESUNGGUHNYA AKU GAGAL MEMAHAMI MANUSIA.