Sabtu, 23 Julai 2011

PELIXSA DIRI AKU



pagi itu seperti biasa, kelihatan anak ikan berenang- renang di tepi sungai,lembu sedang memakan rumput..
kedengaran burung - burung berkicauan.. dan aku masih lagi di atas katil...
bila lah aku akan bangun untuk menikmati suasana pagi itu..aku mengelamun mengingati sesuatu."biarlah segala peristiwa yang berlaku semalam , kelmarin,dan yang dulu-dulu berakhir... dan hari ini aku akan mula dengan kehidupan yang baru..di tempat yang baru.."
"kini aku mula sedar "permata dan kaca", aku mula mempelajari sesuatu yang baru yang dapat memberi aku sesuatu kedamaian.."

aku tersentak dengan bunyi "meeaww" yang dihasilkan oleh kucing aku. aku terus bangun dan aku menghala ke tingkap bilik aku untuk menghirup udara yang segar. aku menghayati keindahan waktu pagi itu..
kucing aku berpusing - pusing di kaki aku.aku membiarkan sahaja..

dengan membawa DianaF+ dan tanpa gosok gigi dan mandi aku terus keluar rumah dengan mencuri basikal pixie adek aku aku terus memulakan kayuhan basikal.alangkah segarnya udara di sini. tak sama dengan di bandar. kalau kat bandar tu udaranya bercampur-campur dengan pelbagai gas yang tak tahu apa namanya.. 

suasana di sini memang sunyi dan sepi. memang sesuai dengan jiwa aku.aku memang suka akan tempat ini. sesuai untuk mencari ilham untuk menulis melukis.. tapi tu semua bukan bidang aku.. aku lebih minat untuk merakam sesuatu kejadian.
arrrhh... lupakan semua itu...aku berhenti disuatu tempat. di tepi parit..aku duduk disitu..untuk merakam anak- anak ikan di parit itu.. sedang aku mengambil gambar di tepi parit tu.. aku kedengaran suara orang tengah ketawa...aku toleh kekiri kelihatan seseorang gurl sedang ketawakan aku..
dengan muka selumber dan tak bersalah, aku buat tak tahu jew...
bersambung..

HARI ITU DALAM KEBENCIAN

..minggu ini..
..aku merasai..
..sesuatu kisah yang sekian lama aku ingin melupai..
..semakin hampir aku tinggalkan kisah itu..
..sekelip mata sahaja aku mengingati..
..gara-gara satu pesanan ringkas..
..segala -galanya aku ingat kembali..
..betapa sakit nya menghadapi nya..
..mahu sahaja aku melemparkan hanset ke dinding..
..tapi..
..kata hati berkata..
"rileks"
..namun..
..satu perasaan yang membuku dalam hati aku mula mengelegak..
BENCI
..itu la yang ada dalam diri aku mase itu..
..aku mengingati kembali..
..segala - galanya..
...bertapa membuak - buak rasa kebencian itu..
..aku melayani perasaan itu..
..tiada niat aku untuk membenci..
~ sorry ~

Rabu, 20 Julai 2011

kisah planet hilang



Bermula berabad-abad masihi dalam alam semestar ini...diceritakan kepada anak- anak pribumi,yang dahulunya terdapat sebuah planet di alam semester ini iaitu planet pixul...planet ini sebelahan dengan planet uranus dan planet neptun...planet pixul merupakan planet yang tercanggih sekali dalam sistem suria...kerana dalam isi perut planet tersebut terdiri beberapa puak- puak yang tersangatlah bijaksana..antaranya puak madait yang menguasai wilayah selatan, puak yuxi yang menguasai timur laut...dan puak turix yang menguasai  wilayah barat...ketiga tiga puak tersebut sering berlumba – lumba untuk menguasai  planet pixul,,mereka telah membangunkan banyak teknologi – teknologi perlatan perang yang bergitu canggih dan dasyat..mereka juga sering bertelagah antara satu –sama lain...
puak yuxi telah menjadi puak yang terkuat diantara puak-puak di planet pixul..mereka telah mecipta senjata laser Z..hasil ciptaan berpuluh-puluh tahun  profesor midurzur..beliau telah mengabadikan diri beliau dalam peciptaan senjata laser z tersebut...tetapi profesor midurzur telah menemui ajal selepas selesainya ciptaanya... malah yang lebih tragis lagi,, profesor midurzur tidak sempat memberi kata laluan kepada panglima tertinggi puak yuxi untuk menggunakan senjata laser Z ...akhirnya senjata tersebut terkubur dalam makmal profesor midurzur.tetapi panglima tertinggi puak yuxi tidak menyerah kalah..panglima tersebut telah memanggil beberapa profesor yang bijak  untuk memecahkan kata laluan profesor midurzur..sebelum pemergian profesor midurzur, beliau telah mencipta sebuah pedang laser untuk askar-askar yang kebolehan membelah apa – apa sahaja..

sementara itu..puak madait telah bersiap sedia dengan kelengkapan canggih mereka untuk menghadapi serangan dari puak yuxi dan puak turix.. puak madait memiliki pertahanan kubu yang sangat berteknologi tinggi..kerana tembok- tembok pertahanan puak  dibina dengan titanium yang bergred A dan dilengkapi meriam dan roket buatan puak madait iaitu tahi bintang...

puak turix.. puak ini sangat unik..kerana puak ini berwarna kuning...tetapi rambut tetap warna hitam..puak ini berkemahiran dalam mengubah suai sesuatu benda..macam tranform kereta kepada kereta kebal laa...sehinggakan askar-askar mereka sanggup mengubahsuai tangan – tangan mereka menjadi meriam., bazuka,,roket,,pedang samurai kuasa sinar X dan lain- lain lah..

perang antara ketiga – tiga puak ini tercetus apabila beberapa askar puak yuxi telah menceroboh wilayah puak madait...askar-askar puak yuxi telah merancang untuk melakukan pengintipan aktiviti ketenteraan puak madait... tetapi rancangan mereka telah dihidu oleh anjing robot pengesan puak madait...maka bermulalah perang berskala kecil di wilayah puak madait...tetapi beberapa askar –askar pauk yuxi telah mengundurkan diri kerana kekurangan tentera...tanpa disedari askar-askar puak yuxi telah memasuki sempadan wilayah puak turix kerana ingin mengelak dari serangan bertalu dari puak madait...ini telah menyebabkan puak turik menyerang balik askar-askar puak yuxi...akhirnya askar puak yuxi di tewaskan...

berita kekalahan askar puak yuxi telah diketahui oleh panglima tertinggi puak yuxi.. ini merupakan satu penghinaan bagi puak yuxi.tanpa berfikir panjang panglima puak yuxi telah mengumpulkan kesemua askar- askar puak yuxi untuk pergi berperang...dengan itu, tercetus la perang yang terbesar dalam sejarah planet pixul. Ketiga – tiga puak tersebut telah berperang bermati – matian.banyak harta benda musnah, dan ramai juga askar-askar puak yuxi , madait dan turix terkorban.perang ini berlangsung selama tiga tahun. 

Dalam masa itu jugak, planet pixul telah berubah menjadi gelap,,dan tiada lagi burung-burung berkicauan.muncul la pada suatu hari,di wilayah puak yuxi,seorang profesor telah berjaya memecahkan kata laluan profesor midurzur.kata laluan tersebut adalah “password”.kata laluan tersebut telah diberikan kepada panglima tertinggi  puak yuxi. Panglima tersebut dengan segeranya telah pergi kemakmal profesor midurzur untuk menggunakan senjata laser Z bagi memenangi perang tersebut. 

Tanpa membaca buku manual cara menggunakan laser z, panglima puak yuxi tersebut telah menekan punat merah di papan kekunci  di komputer utama. Dan akhirnya berfungsi lah senjata laser Z tersebut. Laser Z tersebut telah ditujukan ke wilayah madait dan sekilip mata sahaja wilayah madait telah musnah tanpa meninggalkan khazanah. Kemudianya laser Z telah ditujukan ke wilayah puak turik. Puak turik juga menerima kesan yang sama. Laser Z tidak dapat dikawal lagi kerana panglima puak yuxi telah menekan salah punat. Kerana mengikut dalam buku manual penggunaan laser Z, punat merah adalah untuk memusnahkan semua benda. Akhirnya wilayah puak yuxi pun musnah akibat serangan laser Z. Dan terletuplah planet pixul akibat serangan laser z tanpa kawalan...

 dan disebabkan itu juga, NASA tidak menjumpai planet pixul dalam sistem suria.....

Jumaat, 8 Julai 2011

PUSARAN KELMARIN

.

.Tiada apa - apa...
..pabila...
..janji atas janji..
...mati atas mati..
..aib..

..indah nya mulut pabila berkata..
.. kosong bila dikotakan..
...yang lewat dikebelakangkan..
...yang cepat dihadapankan...

..bunga raya berkembang..
..di layukan dengan kemegahan bunga ros..
..merancang bagai strategi perang..
..hilang bergitu sahaja..

...pabila mood sudah hilang..
..segala rancangan mula bosan..
...orang kata "biarlah"..
..dia kata "rileks la dulu"..
..aku kata "nak tgk harry potter"..

'sekian'

Ahad, 3 Julai 2011

PERJUANGAN ITU SEMAKIN PUDAR


...kasihan bumi 14 harimau....
...dulunya aman dan damai...
..kini..
..pergolakan tak menentu arah..
..apa yang dimahukan..
..apa yang dikejarkan..
..apa yang perlukan..
..keadilan ?..
..kedamaian?..
..atau..
..keinginan nafsu diri sendiri?..
..mengapa ini harus berlaku..
..tidak bersyukurkah kita..
..sudah lebih 50 tahun kita bebas..
..bebas dari cengkaman..
..bebas dari telunjuk..
..bebas dari menjadi balaci..
..bebas dari penjajah..
..mengapa?..

..jawapan "keadilan"..
..itulah yang dikeluarkan dari mulut mereka....
..adakah jawapan itu boleh menyelamatkan setiap insan di bumi ini...
..satu isu timbul..
..di kaburikan dengan isu yang lain..
adakah ini adalah suatu rekaan ?..

..adakah mungkin semua ini..
..petanda nya..
..penghancuran..
..musnahnya sebuah negara yang aman dan damai..
.
.buat apa buat semua itu..
..guna la otak..
..pikirkan alternatif lain..