Selasa, 30 April 2013

Sajak : Kesilapan Aku.

sesudah hujan
air mata mula jatuh
setitik demi setitik
tak dapat untuk menahannya.

kehendak jiwa
teramat lah sukar untuk menolaknya
pabila hari mendung 
mentari menyorokkan diri
aku terpaku di sini

sukar untuk ku melupakan
duka yang lama 
moga
ada hari pembalasan untuk ku
biar
penyelamat dari langit turun
menggari tangan ku

kuala Lumpur.
28 april 2013

Khamis, 18 April 2013

Cacatan Seorang Pesakit 5*

''harap - harap kali ini jangan jatuh lagi''
Abad ke-21, aku mengalami delusi yang amat menyukarkan aku untuk berfikir. kekeliruan yang aku alami sememangnya tidak menyenangi makhluk - makhluk lain dalam kelompok liberal yang mengejar takhta kemegahan. ada yang berpura - pura untuk merapati dan akhirnya terus menyepi, ada yang cuba untuk mengeratkan tetapi pabila matlamat sudah berjaya di ratah , dibuangnya sehingga menjadi hina. aku cuba untuk bereksperimen..
"oh, ini lah hasilnya".

seperti aiskrim yang sedang cair menjadi racun...