Sabtu, 24 Jun 2017

Cahaya indah dalam hati

Dia Ciptaan yang terlalu indah. 
Dia adalah sesuatu bidadari dimata para jiwa.
Dia adalah anugerah yang indah buat aku. 

Kian lama aku menjelajah dalam kegelapan cahaya yang tiada haluan, aku menjumpai suatu cahaya yang menerangi cahaya dalam hati aku ini. Jika dulu aku diselumbung dengan amarah yang terpendam dengan segala godaan, kini aku terlalu gembira untuk menyatakan keindahan ini bukan sekejap. 
Adakah ia sekejap ?.
Maafkan aku.

Disebelah sana ada impian

"Allah dah set from the top", kata Mak Jah dalam siri tv Keluarga Iskandar.
Ya. Allah memang dah set from the top. Apa yang perlu kita buat hanyalah follow apa yang sudah ditetapkan.
kadang kala aku tercela dengan apa yang aku sedang lakukan. Aku merasakan aku bukan berada dalam jiwa aku sendiri. Sepertinya aku berlindung disebalik topeng yang entah dari mana aku memakainya. Sememangnya apa yang aku selami sekarang ini amat lah perit. Apa yang aku harapkan dan impikan, hanya cebisan debu yang berterbangan. Mungkin masyarakat akan mengolah tentang kepercayaan itu boleh mengubah apa yang kita impikan. Namun semakin hari aku tidak mengubah kepada diri aku yang asal. Apa yang akan terjadi jika aku terbelenggu dalam suatu masa yang lama untuk berubah atau tidak akan berubah sama sekali. Barangkali masa untuk aku lihat sesuatu yang ghaib semakin tiba.

Bila kita semua menunjukkan hala tujuan masing-masing. Aku seolah olah meracau-racau unutk memikirkan tentang tujuan. Tiada tujuan, tiada jalan..

Apakah ini waktu aku semakin terhakis..

Terlalu awal untuk aku kembali untuk mengadap yang diatas. Ada sesuatu yang belum puas untuk aku mengapai. 

Ahad, 7 Mei 2017

Nukilan dari Seorang Pesakit

Ada masa kita akan merasa sesuatu yang mencurigakan sesama sendiri. Walaupun curiga itu sememangnya hanyalah suatu perasaan yang kita mahu cuba untuk mengubah sesuatu pemikiran sendiri demi mencapai kemuncak saraf dalam jiwa kita. Namun apakah yang akan berlaku, apabila yang kita curigakan tidak mencapai tahap maksimun yang langsung tidak memberi impak pada saraf jiwa. Adakah diri kita ini akan ketandusan perasaan.. atau kita akan hilang salah satu saraf perasaan yang mana akan menjadikan kita seseorang yang unik...

Barangkali setiap unsur-unsur yang wujud dalam bentuk yang nyata ini mempunyai sesuatu kekuatan untuk menjadi molekul molekul yang berinteraksi sesama untuk melahirkan sesuatu kejadian yang sudah diketahui oleh yang berkuasa namun tidak pada situasi yang mencemaskan.

Umumnya apa yang bakal disaksikan dan apa yang akan dipertontonkan.. Ia akan menjadi sesuatu zarah kecelaruan yang mungkin terbukanya jalan menuju intelektual yang tiada infiniti.


Rabu, 11 Januari 2017

coretan : Masyarakat Bodoh.

Badut-badut dedak yang cetek akalnya,
Mereka percaya tentang kebodohan dan memuja ia hingga menjadi satu kebenaran.
Mereka saling di perkudakan oleh makhluk yang berjaya menikmati keajaiban duniawi.
 Pabila disapa , mereka akan marah. mereka sanggup mempertahankan kebodohan mereka.
Mereka memang Bodoh.