Ada masa kita akan merasa sesuatu yang mencurigakan sesama sendiri. Walaupun curiga itu sememangnya hanyalah suatu perasaan yang kita mahu cuba untuk mengubah sesuatu pemikiran sendiri demi mencapai kemuncak saraf dalam jiwa kita. Namun apakah yang akan berlaku, apabila yang kita curigakan tidak mencapai tahap maksimun yang langsung tidak memberi impak pada saraf jiwa. Adakah diri kita ini akan ketandusan perasaan.. atau kita akan hilang salah satu saraf perasaan yang mana akan menjadikan kita seseorang yang unik...
Barangkali setiap unsur-unsur yang wujud dalam bentuk yang nyata ini mempunyai sesuatu kekuatan untuk menjadi molekul molekul yang berinteraksi sesama untuk melahirkan sesuatu kejadian yang sudah diketahui oleh yang berkuasa namun tidak pada situasi yang mencemaskan.
Umumnya apa yang bakal disaksikan dan apa yang akan dipertontonkan.. Ia akan menjadi sesuatu zarah kecelaruan yang mungkin terbukanya jalan menuju intelektual yang tiada infiniti.