Rabu, 19 Disember 2012

LUMRAH.

setiap perjalanan yang berliku dalam dunia ini.
mesti ada jalan yang rosak dan berlubang.
kadang - kadang terpaksa untuk mengelak.
dan terpaksa juga merempuh jalan itu.

dalam suasana di dunia ini.
ada cerah dan mendung.
tetapi .
panas dan hujan kerap menyelubungi.
mujur lah ada siang dan malam.
menceriakan waktu - waktu seharian.

dalam muka bumi ini.
banyak spesis - spesis haiwan dan tumbuhan.
yang menyerikan lagi dunia ini.
kadang - kadang ada yang lebih mengerikan.

disebalik semua itu,
ada insan yang diberi nama manusia .
yang menghangatkan pentas dunia dan bumi.
kelakuannya, 
caranya,
gayanya,
kehidupannya ,  
merungkai segala dimensi peradaban.
tapi sayangnya..
perasaan..
emosi..
tidak dapat diertikan dengan kesaksamaan.

aku tergolong dalam kelompok ini.
mempunyai perasan , jiwa , dan emosi.
kadang - kadang aku gagal mengawalnya.
dan
kadang - kadang juga aku berjaya mengawalnya.
tapi apakan daya .
kulit dan warna rambut sahaja yang sama.
tapi pemikiran , tafsiran , kefahaman yang berbeza -beza.

untuk memahami segala - galanya.
aku harus bersyukur diatas kejadian - kejadian ini.


Ahad, 16 Disember 2012

DETIK DAN DETIK.

Aku cuba tidak merosakkan jiwa.
Kerna aku tahu jiwa itu suatu yang kekal
Jika ia terluka ia akan cacat
Dan aku akan terus pincang.

Khamis, 13 Disember 2012

JELMAAN

Apabila di bedah ia pergi
Apabila di buka nampak satu mimpi
berinsafi segala janji
meraksasa kan segala api.

Samseng perasaan datang menghantui
berludah - ludah untuk menakluki
prasangka menduduki carta tertinggi
diakhiri kejujuran yang dikhianati.

hitam dan putih mewarnai aspirasi
menjayakan segala realiti
hanya mencungkil secubis ilusi
tertawa dan sindiran melambung tinggi
yang rendah masih tercari - cari

pabila disuatu hari
yang asli bertukar isi
maka kepalsuan berjaya menpengaruhi
mengembirakan seluruh isi hati
kejayaan bertukar kebimbangan mimpi

di suatu ketika yang sepi
irama lagu sudah tidak bererti
kata - kata sudah dikuburi
yang jauh mula berapi - api
seperti ketahui kejadian satu lagi.

ini bukan teori
ini bukan konspirasi
ini bukan cerita mimpi
ini bukan satu naluri
ini bukan rohani
ini realiti.....

Jumaat, 7 Disember 2012

MENUNGGU

hari itu awan sangat mendung seperti ada yang tersirat dalam gumpalan awan itu.
awak ..
saya tak nampak awak pada hari itu. lama saya menunggu di tangga lingkaran bintang. berharap dapat melihat awak lagi. saya tunggu awak sampai mentari cuba membakar saya. tapi awak tetap tak kelihatan.
hinggakan air mata awan menitis ke bumi, awak tetap tak muncul....
kemanakah awak pergi pada hari itu...

awak..
saya takut.
takut dipecah - pecahkan lagi.
saya makin tak nampak awak.. apatahkah lagi mendengar suara awak.
bila malam muncul , saya keseorangan...tiada cahaya yang menerangi bilik saya.
waktu itu saya tak nampak apa - apa pun. cuma mendengar bisikan kecil suara - suara yang sukar untuk saya memahaminya.

berhari - hari saya menunggu di tempat yang sama.
saya mengharapkan awak datang..
tetapi awak tetap tak datang jua.
adakah awak semakin lupakan saya.

kini , saya mengakui ..
awak telah melupai saya.
dulu sebelum saya ditimbus, saya nampak awak menangis teresak - esak.memanggil - manggil nama saya..
selepas saya dimasukkan di liang lahad awak terus tidak sedarkan diri, pengsan..
apabila saya selesai di kebumikan.. saya tidak bebas. saya tersangkut..
mujur ada awak .. yang datang setiap hari. menziarahi saya..
saya mendengar luahan hati awak.. tetapi awak tak dapat melihat awak menyentuh saya..
tapi itu dulu..
sekarang.. mana awak.
saya mengharap kedatangan awak. untuk membacakan surah - surah suci al - quran.
untuk melegakan saya...
awak..
saya kesakitan....#

Ahad, 2 Disember 2012

SURAT UNTUK BUKU

Kepada..
buku - buku yang pupus
mengapa susah untuk ku mencari
sudah berwaktu - waktu minda ku berlari
masih engkau bersembunyi lagi..

buku - buku yang pupus
kapan engkau mahu menjelma
ku tak mahu engkau keluar di bulan purnama
kerna sang berjanggut mahu mengadilinya..

buku - buku yang pupus
ku bukan penagih kata - kata
ku cuma mahu isi hati engkau yang bermakna
untuk menjadi hidangan ku di hari bahagia..

buku - buku yang pupus
tidak suka kah engkau
apabila ada jiwa yang membelai mu
menziarahi isi hati mu
menceriakan perasan mu..

Duhai..
buku - buku yang pupus
tolong lah jangan sombong dengan ku....



Khamis, 8 November 2012

KENAPAKAH KAU.

kali ini bukan mimpi lagi..

kau..
ada apa dalam dendam?.
mungkin zarah - zarah kesumat yang dipendam.
dalam setiap zarah ada warna - warna kebencian.
bersengketa la diantara pahala dan dosa.

kau..
dengan rakus nya menodai jiwa - jiwa kosong.
memakan sehingga menjadi nanah.
berzina dengan percakapan yang tergoda
hingga berjaya memanipulasi ideologi penglipur lara.

kau.
melenting bila ada yang ingin maju.
konon nak jadi yang terbaik menjatuhkan orang lain
mengharapkan pingat hidup
tapi malu untuk menerimanya.

kau .
ragam bersahaja
tapi bertopeng - topeng.
jangan berlindung disebalik tirai akidah
kerana jiwa - jiwa kosong akan terpedaya

kau.
berjaya menghina 
berjaya mempengaruhi 
bermegah dengan kejayaan
setiap hinaan itu akan di pahat.

sekian.

note : jangan di sentuh lagi air yang keruh.. kalau tak mahu gelombang  air mendidih!.

Jumaat, 2 November 2012

PENENTANG ILUSI

aku lihat untuk mengenal
aku mendengar untuk memahami
tetapi
TUHAN MEMBERI MU SATU MUKA DAN KAU BUAT SATU LAGI

aku perlu menyerap apa yang aku melihat
mungkin manusia di dunia ini diciptakan dengan pelbagai ragam
mungkin.....

suara - suara sepi meraung kesakitan
yang hanya menjadi bahan jenaka para - para si buncit
GELOJAH..

dahulu
ada insan pernah berfalsafah
kalau sudah diludah tak perlu lah menjilat balik ludah itu

tak perlulah berlawan
cukup untuk tidak menunding
aku tak mahu jadi juara.

cuma sedikit perhatian .
KU KIRA WAJAR BAGI KITA BERSALAMAN LALU BERPISAH .


Khamis, 25 Oktober 2012

- KATA KU -

Bukan aku sengaja tak mahu mencarinya..
sebab ia amat susah untuk melukakan.
apatah lagi kalau ia hilang
lagi lah aku tak tenang.

Untuk terimanya.
aku terpaksa memisahkan jantung dan otak
jadi aku akan kekosongan
sunyi...
sepi..
.......................................................................
Cinta ?.
kenapa dengan itu.
biarlah ketentuan yang menyelesaikan
sesungguhnya aku memerlukan 13 lilin.
untuk kembali kepada siang ke malam
dan malam ke siang.

perjanjian..
aku gagal untuk menyeberang
ada raksasa yang menghalang
aku pun tak berani nak menyerang.
jadi aku kucup pedang
dan tanam di tanah gersang.

Bahagia atau sepi..
aku sanggup memilih sepi.
dapat mendiamkan diri.
boleh di isolasi .
selesa berhibernasi.
tanpa diawasi.

Sombong .
itu hak kalian untuk taksifkan.
bukan aku telan air liur jiwa - jiwa berlapis
yang macam kek lapis.

Selamat tinggal.
baiklah, selamat Jalan..


Jumaat, 19 Oktober 2012

PERBINCANGAN 3 SISI


*              *              *             *   
Di suatu sudut yang terlindung dengan meja,kerusi yang lusuh dan diserikan suasana yang sunyi lagi sepi , muncul  kelibat tiga orang  yang  sedang berlepak di kawasan yang mereka gelar “port rahsia”.
 Di harian yang biasa dan amat membosankan,  salah seorang dari mereka telah bertanyakan satu perkara kepada kawannya…

“adams , kau percaya tak, orang yang sakit mental tu sebenarnya tak gila ?”. kata jeff yang sedang memerhati pergerakan awan.
“ ummm,aku  tak percaya”. Kata adam sambil mengunyah jajan ring - ring di dalam mulutnya.
“Sebab apa kau tak percaya?”.sambut John yang masih terpinga – pinga dengan pertanyaan Jeff.
“Sebabnya, ada bukti kajian yang dilakukan dan diorang kata orang yang sakit mental tu memang gila”. Kata Adam.

“Bagi aku , orang yang sakit mental tu sebenarnya tak gila, sebab mereka tak minta pun nak jadi gila.pendapat aku lah , mereka tu sebenarnya mendapat satu keistimewaan. Keistimewaan nya kan ,mereka dapat tengok dunia ilusi…”
“Dunia ilusi ?.” sampuk John..
“jangan potong aku nak cakap boleh tak?”. kata Jeff dengan nada yang serius.
“Ok.. ok .. sorry”. Jawab John.

“gini ceritanya, orang yang sakit mental tu sebenarnya mereka dapat lihat dunia yang satu lagi. Maksudnya mereka tu dapat lihat dunia yang orang – orang biasa tak boleh lihat dengan mata kasar dan sebab itulah kalau kita pergi ke hospital sakit mental kita akan Nampak orang yang kononnya sakit mental tu ketawa sorang – sorang , bercakap dengan dinding , berlari – lari dan macam – macam aksi lah yang mereka buat.” Kata Jeff yang sedang bersemangat dengan syarahannya .
“haaaaa????”. Jawab John yang masih tak paham kata – kata John tadi.

“Kiranya kau cakap orang yang sakit mental tu tak gila dan diorang dapat keistimewaan. Jadi orang yang cakap orang yang sakit mental tu gila sebenarnya tak betul la tanggapan mereka ?. macam gitu ?”. soal  Adam.
“ yup , betul tu . orang yang mengesahkan orang gila tu sebenarnya mereka tu cemburu, dengki dengan orang yang dapat lihat dunia ilusi sebab mereka tak dapat keistimewaan tu , jadi mereka berpura – pura la cakap orang yang dapat lihat dunia ilusi tu gila, sakit mental la….”

“ohhh…..”kata John yang baru paham dan tiba – tiba ..
 “oooohhhhhhhh…. Dekat sini ye kamu bertiga berlepak , tak masuk kelas eaa...” Sergah cikgu James.

Perbincangan Adam ,Jeff, dan John terhenti kerana disergah oleh cikgu James yang tahu Port rahsia mereka dan dengan itu juga punggung mereka bertiga berbirat dengan hayunan rotan lagenda cikgu James….


-tamat-

Selasa, 9 Oktober 2012

ITU SEMUA YANG KALI TERAKHIR


Memulakan dengan kalimah bismillah
Dan ia seharusnya di sucikan dengan hikmah
Demi memulakan lafaz menjajah
Aku mengkorbankan huruf hamzah.

Aliff..
Dalam arahan yang capuk
Aku membuka lembaran yang berhabuk
Teori dan kronologi berubah menjadi klasik
Yang Akhirnya ideologi menjadi tragik
Suara – suara bangang mahukan infiniti yang nampak
Tapi jiwa – jiwa itu merelakan pak turut yang hapak

Ba..
Di sentuh menjadi haram
Maka dibelah untuk di baham
Godaan dan ke anak – anakkan bakal tersembam
Bila di sentuh terkeluar cecair embum
Tapi ia hanya Nampak diluaran yang masam

Ta..
Lapisan dibawah lapisan
Aku ingin berpesan
Untuk masa hadapan
Undurkan lah diri demi balapan
Yang bakal membunuh dengan segala harapan.


Sa..
Sayangnya dengan hidup kesunyian
Bila disuruh keluar dari bersendirian
Aku Terluka dengan panah kesepian
Cedera dengan tuduhan
Terlepas tempias makian
Hati telah hidup dalam kehinaan

Terima kasih diatas semuanya
Gelak ketawa hanya tinggal kenangan yang nyata
Realitinya bagai paku yang bertaburan di jalan raya
Putaran diharamkan berputar di dalam paksi cahaya
Supaya nanti dapat digantikan dengan belitan raya..

Isnin, 8 Oktober 2012

ENTAH LAH.


Dalam dunia yang permai..
Aku merangkap sang Penghuni
Aku meyertai kelompok keluarga bumi..
Dan aku menjelma dalam pelbagai ilusi..
Aku berkhayal untuk memahami personaliti diri..
Tetap aku masih jahil dengan diri ku ini.

Aku mula dimalukan dengan gelojah..
Aku terseksa dengan asakan dan terjahan..
Aku malu dengan karenah diri yang berlebihan..
Aku seiring dengan perhinaan personaliti mantan..

Walaupun Pedih dan luka menghadapi..
Aku buka lima jari untuk menyambut dengan rela hati..
Seratus lapaz aku muntahkan untuk dosa yang tinggi..
Tingkah laku aku bukan pencetus keesaan kuasa mati..
Selagi putaran tak akan terhenti aku tetap bergini..

 Demi diplomasi yang hampa..
Wujudkanlah propaganda yang amat hebat propagandanya..
Bercuba lah berkali – kali untuk memahami masa..
Beludah la dengan segala makna..
Percayalah kepada fakta..
Jangan murung selagi tidak jumpa punca
Di hulu dan di hilir tersembunyi caranya..

Ini yang terakhir aku rosakkan
Yang lain  akan aku menyelesaikan…
dengan nama yang maha esa
maafkan aku sebagai maaf yang selamanya.
aku akan kembali seperti air mencari parasnya..

SESUNGGUHNYA AKU GAGAL MEMAHAMI MANUSIA.

Jumaat, 28 September 2012

SANDIWARA UNTUK JOSEPH

hari - hari yang dilalui
sungguh selesa dan menyegarkan
walaupun ...
ditipu..
didengki.. .
joseph tetap kekal sebagai seorang yang masih waras..

negatif dan positif ..
alam maya dan realiti
huruf A dan huruf B
joseph tetap memerhati dengan penuh kesabaran

sistem diatas sistem
teori moden dan teori baru
yang berpengalaman dan tidak berpengalaman
joseph masih mengikuti perkembangan

ciptaan dan dicipta
lahir dan membesar
mahir dan tidak mahir
joseph tidak amek tahu tentang ini

dicintai dan diceraikan
diterima dan ditolak
dibelah dan diterokai
joseph tetap di hidup.

kerana Joseph adalah robot yang tidak mempunyai hati..


Isnin, 24 September 2012

FINAL TASK (BAHAGIAN 1)

ini adalah kisah yang ringkas dan ringan dan diadun dalam satu ruang masa yang berlapis - lapis seperti kek lapis.

"kita ini berjuang atas nama........"
hanya itulah ayat yang Sam dapat dengar sebelum dia dibawa ke satu tempat yang bakal dipengaruhi oleh ruang gelap yang dipenuhi ekor - ekor keegoan , hasad dengki , dendam , tamak , dan kesombongan.

ketika 2012 , 9.00 am , Sam telah pergi ke satu ruang diskusi yang dipenuhi minda - minda yang ingin memberontak ,dan menyampaikan idea - idea yang lebih bercorak realis dan idealis kepada minda - minda yang kosong. Sam tergolong dalam kelompok minda   minda yang ZERO. oleh sebab Sam mempunyai perasaan yang ingin tahu yang terlampau obses dan ingin mengisi ruang otak yang kosong, SAm sanggup mendengar sehingga terlepas dua kelas kuliah penting.
11.17 am ,, "kita ini berjuang atas nama " ...
Sam tiba - tiba rebah dan pengsan .. tanpa diketahui umum
muncul beberapa kelibat makhluk mula mengusung Sam dan dibawa ke 1 tempat yang Sam sendiri tidak tahu. Sam diculik ..
(semasa , Sam diculik oleh makhluk yang tidak dapat dipastikan sama ada manusia atau binatang .. Sam telah dijadikan bahan kajian. badan Sam telah di bedah dan diterokai..  beberapa anggota badan Sam telah di curi dan digantikan dengan beberapa organ yang bukan dari makhluk manusia ).
pada ketika ini Sam masih tidak sedarkan diri dan hanya bermimpi
 

"sekian terima kasih "
Sam dibangunkan dari pengsan dan ketika itu Sam berasa hairan dengan keadaan sekelilling. Sam berasakan dia baru mendengar diskusi tersebut , tapi diskusi itu sudah tamat. Persoalan tersebut terbawa - bawa ke dalam kuliah , fikiran SAm bercelaru kerana asyik terfikirkan peristiwa itu..


didalam bilik, Sam asyik termenung dan resah sehinggakan rakan sebilik SAm, Luke tertanya - tanya akan keadaan Sam .. Sam hanya menjawab "aku ok2 je" ..
tetapi Luke tahu yang Sam sedang mengalami masalah .. 
sebagai rakan sebilik yang prihatin, Luke cuba merungkai masalah Sam , tapi gagal .. kerana Sam susah untuk berkongsi cerita tentang masalahnya kepada orang lain.
walaubagaimanapun Luke masih tidak berputus asa, Luke tetap ingin tahu masalah yang dihadapi oleh SAm . Luke telah melancarkan strategi nya untuk membongkar masalah Sam .. berbagai - bagai cara Luke guna dan dapat ditangkis oleh Sam .. 
sehinggakan Sam berasa tidak selesa dengan Luke..
akhirnya , sam telah mengambil gunting yang terletak di meja belajar nya dan lalu mengkelar leher Luke yang amat menjengkelkan ..  darah Luke terpancut - pancut keluar dan mewarnai lantai bilik Sam
Luke rebah ke lantai , dan badannya bergetar - getar seperti ayam yang baru disembelih ..
Sam terdiam dan hanya memerhatikan Luke yang sedang nazak...
beberapa saat berlalu , Luke telah pergi.. roh dan jasadnya telah berpisah..
Sam masih berdiri diam dan hanya melihat Luke yang telah terdiam....
~BERSAMBUNG~

Selasa, 18 September 2012

NOTA MISTERI DARI SEORANG KANAK - KANAK

Di pagi hari yang menghembus embun ke bumi yang semakin tenat.Tinggal seorang kanak - kanak yang hanya melihat dunia ini dengan warna putih dan hitam,yang dalam keadaan yang teramat selekeh di abad yang serba manipulasi ini.
 terawang - awang dalam kepulan udara yang kotor sehingga tersejat tubuh kanak - kanak tersebut seperti seekor anjing kurap yang tidak bertuan. kanak - kanak tersebut tetap memiliki kehendak untuk hidup walaupun berhadapan dengan sang kematian yang menunggu giliran untuk di angkat....

masa mungkin tidak mengundur kebelakang, tetapi umat manusia tetap akan melihat masa silam sebagai kenangan yang mungkin tidak dapat sentuh dengan jari jemari ..

kanak - kanak tersebut mula menanti dan terus menanti akan masa hadapan yang mungkin cerah atau masa hadapan yang gelap.

Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kanak - kanak itu, seolah - olah kanak - kanak itu dianggap bayang - bayang yang sadis...

setiap hari..setiap masa .. setiap waktu ,, kanak - kanak itu bermohon kepada yang atas agar diberi kan satu keajaiban di dunia ini.. walaupun tak indah di luaran tapi kanak - kanak itu tetap mahukan kan nya..

disebalik kemahuan keajaiban dari yang atas..
kanak - kanak tersebut diberikan dengan satu kejutan .. kejutan yang teramat mengerikan.. apabila dijerut dengan pancaran kilat yang sekelip mata...
maka berkecai lah jantung, usus , otak dan segala - galanya....
itulah keajaiban yang menjadi idaman kanak - kanak itu...
al fatihah...

untuk : berbayang ..


Isnin, 6 Ogos 2012

DI ACU DENGAN EMOSI SISTEM

revolusi menjadi basi
yang akan merosakkan segala inspirasi
haiwan - haiwan politik akan menjadi konspirasi
hingga menjadi satu mimpi
ayat - ayat yang sedang nazak mahukan satu fantasi
namun, pelangi gelap tak mahu pergi
tinggal lah pari - pari hati
yang mengikut telunjuk tanpa memerhati
manipulasi sistem mula dipengaruhi
menganggu kondisi diri
yang akhirnya mati.

janganlah tidak mengerti
apa yang sedang di hadapi
kelak akan berhadapan dengan realiti
setiap wajah dan minda menjadi panji - panji janji
walau dicaci dan di maki
tiada erti dalam sanubari ini
jangan terjerit - jerit untuk berlari
aspirasi nyata tak akan mengeluarkan dejavu api
yang memanah setiap khayalan ilusi

demi kezaliman ini
terbebaslah virus yang tidak membawa erti
infiniti cakrawala yang tinggi akan terhenti
keindahan tidak akan berlutut dengan warna - warna zalim bumi
daan apa yang pasti
ia akan mengakhiri dengan nikmat mati.

Jumaat, 29 Jun 2012

...... >>gagal ..

lama - lama menjadi buku hitam dalam hati aku ini.. membenci tahap dewa menerima apa sahaja seperti petikan tali gitar... mengharap seperti awan jatuh ke bumi.. bodohnya aku ini. kenapa la aku bodoh sangat bermain dengan perasaan hati sedangkan kiri dan kanan aku sudah dipenuhi keindahan duniawi.. bodoh!!
kenapa hati dan perasaan tidak dapat di hilangkan ?..
kalau la boleh.. aku mahu buang perasaan yang buat aku rasa beban.
bodohnya.,,,,
aku memang gagal!!..

Rabu, 30 Mei 2012

MELODI MENGARUT..

halusinasi menjadi basi..
kepulan asap menyerap dalam cermin..
sebatang rokok di patahkan dan dipancungkan..

aku.. hanyalah ilusi yang dibuai dalam pelukan bayangan...
mata aku hanya melihat zarah - zarah kejahilan para - para badut
lafaz - lafaz aku hanya untuk hembusan - hembusan si angin baiduri..

bawa ku pergi ?.
demikian aku sudah terpancar dalam setiap abu - abu yang bertebangan..
cengkerik mula menunjukkan taringnya..
si penari malam sudah tidak kelihatan..
siapa yang harus mengadili tindakan malam..

dia ?.
hanya nampak indah di mata lensa sahaja..
tiada kecacatan yang di buktikan..
hanya tugu - tugu di kayangan sahaja yang memahami
kecerahan awan mungkin semakin kelabu

mulut ?.
berkata itu benar
menipu itu harus
jujur itu adalah untuk ibadah 
tapi sepanjang ia wujud tidak langsung untuk keagunggan kebohongan..
jahil ... jahil..jahil..

irama sering terjejas..
sayap paru - paru semakin tua
pembual jalanan semakin hampir
untuk menghamilkan ayat - ayat yang lara
berbatu - batu menjadi saksi
untuk langit dan bumi.....

Khamis, 22 Mac 2012

antara tiga penjuru ..
aku jadi lemah dalam setiap satu..
aku sakit dengan duri yang padu..
berabad tahun sudah tak bersatu..
karma sudah lama menunggu ...

Sabtu, 3 Mac 2012

rekahan diri

Boleh tak kalau dunia ini tiak ada manusia yang suka berdengki ?
boleh tak kalau aku minta untuk tinggal dalam dunia yang tiada perasaan kejahatan?
para - para dosa besar buat aku rasa jijik...
aku tak nak diri aku dihina , dicaci..
aku juga tak mahu di belai kasihan..

kenapa harus ada manusia yang sanggup berdengki, mengutuk ...
aku hairan..
aku jadi murung dengan perkara jijik itu..
kenapa aku sahaja yang hadapi perkara itu?..
adakah ia satu dugaan yang diberi kepada aku?.
setiap detik setiap nafas aku kerap terasa sakit..

aku seperti manusia yang memikul kantungan cacian,kutukan,hinaan dan kedengkian..
aku tak mahu para - para kejahatan kuasai roh aku..
aku tak mahu manusia sekeliling aku terima padah..
aku tak mahu jadi ahli neraka..
apa yang aku harus lakukan ?..

kenapa dia buat kepada aku sahaja?
kenapa orang lain dia tidak lakukan perkara sama seperti aku ?.
kebengcian dia..aku bakal akhiri dengan sebelah pisau...

Jumaat, 17 Februari 2012

DALAM TANAH

aku mendongak ke langit. mengapa langit tidak biru ?..
aku bingung seketika..
saku penjam mata lama - lama..
sekali lagi aku dongak ke langit.. tapi kekecewaan yang aku peroleh.
langit sentiasa hitam..
aku mengalah...
tiba - tiba..
aku terasa sempit..
aku mula merasa rimas..
ibarat tiada ruang untuk aku..
aku gelabah..
aku kehilangan udara..nafas ku mula berkurang
aku tidak dapat bernafas..
aku merakas - rakas kelangit..
tetapi sia - sia... aku tidak bernafas..
sejak aku tergantung antara bumi dan langit,...
aku baru tahu yang aku telah dikerandakan dan ditanam hidup - hidup...

Rabu, 15 Februari 2012

TIKET UNTUK NERAKA

aku bangun.. BABI SIAL GAMPANG CELAKA LANCAU .. mulut aku.
SEPAK , TERAJANG , TUMBUK MENUMBUK , CEKIK MENCEKIK , kaki dan tangan aku.
kitaran harian aku hampir sama sahaja,, macam cibai...
pegangan aku sudah terputus dengan ilahi..
aku mula menyelami pelbagai cita rasa yang hampir mencelakakan aku..
pelbagai - bagai sahaja aku melakukanyan..
dari bunuh membunuh ..sehingga perkara yang tak terkata . aku mula mencemarkan
seluruh badan aku mula dititih dengan simbol kemegahan aku..
sial...
ahad itu. aku berjalan di sebuah lorong..suasana sunyi menyelubungi lorong. seperti biasa aku lalui dengan tabah tanpa perasaan curiga.
kemunculan seseorang di satu sudut buat aku terkejut.. aku hampir menyepak orang itu.. tapi kepanasan aku dapat dipatahkan oleh orang itu... aku kaku..
orang memberi aku satu kertas..
tanpa di sedari aku mengambil kertas itu tanpa banyak persoalan..
tidak aku ramalkan kertas itu merupakan satu tiket..
aku mula bersuara ...
"untuk apa tiket ini??"
"khas untuk kamu" orang itu berkata..
"hey ,, sial , sekali lagi aku cakap,, untuk apa tiket ni ??.. sambil memegang kolar orang itu..
"tiket itu untuk kau masuk ke NERAKA jahanam!!!!!" kata orang itu
BANG!!! .. BANG!!!..
aku ditembak oleh orang itu..."sial!!!"
aku tersungkur di lorong..
orang itu melarikan diri.. aku dibiarkan di lorong itu...
darah mula mewarnai warna lorong dan mula bercampur dengan air longkang..
aku tidak dapat bergerak...
aku terfikir..
"mungkinkah aku akan mati dalam keadaan hina sebegini di tepi lorong yang hanya disaksikan oleh sang tikus"
aku mula terasa jasad aku ditarik dengan pelahan - lahan..
saat itu aku mula teringat perbuatan - perbuatan aku dahulu..aku mahu bertaubat..
tapi sudah terlambat...
: roh berpisah dengan jasad :
neraka menanti..

Ahad, 12 Februari 2012

aku pernah dengar suara orang itu..
tapi suaranya kini seolah - olah sedang meronta - ronta seperti ingin melepaskan diri dari dawai duri. apakah sebenarnya orang itu.. adakah dia jelmaan makhluk?.syaitan?.malaikat?.kenapa aku sahaja yang mendengar pekikan orang itu.. mengemang bulu roma aku...

Khamis, 9 Februari 2012

NORMA : QIROHDHA

sedang bulan menterangi larutan mimpi
aku terbangun dalam lamunan bisikan mimpi
aku kalut perkara dihadapan aku
setiap arah,setiap ruang,setiap inci
ibarat musuh aku yang telah berbangkit
aku terdampar di sebuah dimensi yang berkilauan
aku lumpuh dalam dimensi itu
semua anggota jasad aku mula berkecai
meninggalkan sekujur roh yang kecemaruk
aku musafir di sebuah tanah yang ketandusan...
aku mula terawang dalam tanah yang ketandusan..

Khamis, 26 Januari 2012

NORMA : NOTA PENGAKHIRAN..

bila perasaan dan nafsu menerajui minda, aku mula tercemar dengan alam kesifatan. fikiran ku menjadi fikiran orang yang membuta akal.jiwa ku menjadi tidak tertenang..anggap saja jiwa ku berada dalam kepanasan bara kedengkian. segala percakapan , segala siulan , aku mula mentafsirkan. pentafsiran seperti bala mendatang. aku menjadi seorang yang mudah prasangka...

setiap gerak geri, setiap penglihatan mata ku.. ibarat kesakitan yang menusuk dalam jasad ku. aku mula hilang arah. hala tuju ku diambang kesesatan. aku mudah marah, aku dapat merasakan jasad dan roh ku berpisah dan di siat – siat menjadi kepingan lelangit yang bertebaran di pencakar langit ke tiga.

ya. mungkin , aku sudah mendekati diri dengan alam kezaliman, alam kezaliman yang penuh dengan kejalihan, kekuruptan , kedengkian , kebohongan. mungkin syaitan telah menguasai jasad ku.  mungkin aku hilang tiang pegangan. aku mudah menerima kekalahan. dan kekalahan itu membawa kesengsaraan yang membuat aku berasa seperti seorang yang tinggal dalam dunia kegelapan.

bila gegedang telinga ku mendengar halusan ayat – ayat yang diturunkan dari langit. aku mula rasa kemakmuran. aku rasa seperti aku sedang membina tiang yang kukuh untuk menjadikan benteng. aku mula rasa kemanisan yang aku telah lama tidak merasai. aku mula rasa syahdu...

Rabu, 25 Januari 2012

NORMA : DIHIDUPKAN

langit sentiasa biru..
kadang kala langit akan dihiburkan dengan pelangi yang bersyadhu di celah – celah kepulan awan...
aku sentiasa melihat keceriaan itu di tepi tingkap bilik ku.
kenapa aku harus melihat kecerian itu, adakah aku dipaksa oleh sang hati ?.
kenapa aku dihidupkan setelah segala – galanya telah aku sempurnakan ?..
kini aku hidup seperti zombi..

************

dunia ku telah dihancurkan oleh tangan – tangan durcana.sekarang aku tinggal di zaman yang terlalu amat berjauhan dengan dunia asal yang aku pernah merasai , menyentuh dan menghidu. terlalu sayang untuk aku mengingatinya...
dunia asal ku telah musnah, kini aku terpaksa terima dunia baru yang wujud di hadapan jasad ku.
aku seharusnya sudah mati bersama – sama dunia asal ku. tapi aku dihidupkan kembali...

aku dihidupkan kembali. kembali menghadap dunia baru yang tidak ketahui kekejaman dan keganasanya. aku muncul dengan seorang yang baru. tapi aku mengalami kecacatan.
kecacatan yang bergitu luarbiasa. dada kiri ku berlubang. aku tidak merasai kesakitanya.

doktor cakap, aku merupakan salah satu bahan eksperimen nya.
 aku boleh bertukar – tukar hati aku.
aku bergitu teruja bila mendengar kata – kata seorang yang berlagak jelmaan dewa. aku benci doktor itu.
aku sungguh menyesal kerana dihidupkan. sepanjang hari aku berasa ganjil.aku hanya dilawati oleh doktor yang menghidupkan aku sehinggakan aku berkeinginan untuk membunuh doktor itu.
sehinggalah suatu hari peluang yang aku tunggu telah menjelma dan aku tidak melepaskan peluang itu..

aku mengambil hati – hati yang terletak di dalam sebuah almari sejuk. aku simpan di satu kotak, hati kecerian aku tukar digantikan oleh hati kebencian.
doktor melawat dan mengajak aku berbual – bual.aku hanya mendengar sahaja.
aku mula bergerak kebelakang doktor,dengan pelahan – lahan aku menuju ke doktor lalu aku menjerut leher doktor itu dengan hanya guna tangan ku.
doktor itu melawan dan meronta – ronta dan akhirnya tertewas dan mati..
aku puas!!!!
aku lepaskan tangan ku di leher doktor itu, aku mengambil kotak yang dipenuhi hati.
aku terus melarikan diri dari situ..... bersambung***

Jumaat, 6 Januari 2012

MESIN MASA : IMBAS KEMBALI


ibarat taring patah tumbuh semula.
menjadi berani kerana duniawi..
memperjuangkan yang tidak di ketahui tersiratnya.
memiliki kebolehan di luar kotak..
cuma..
tersalah pilih saluran yang benar..

"kau bukan komrad ku"
"kau bukan pengikut ku"
diungkapan dengan begitu gagah..
galak megajak berdiri dikaki sendiri..
setaraf , setanding , sama tahap..
tapi..
bila masing - masing berdiri setaraf bahu..
bakal bermula episod pecahan mental..

kelahiran assabiah..
tiada siapa yang tahu..
dosa dan pahala hilang dalam lamunan syaitan..
di kaburi dan di rabunkan..
hanya mengikut ludahan dari aktivis yang petah berdiskusi..

epik peredaran masihi firaun..
bulan diganggu dengan suara - suara sumbang..
dicemari dengan suara - suara kebebasan..
meraung - raung demi kebebasan...
menawan wilayah yang hanya tersentuh pintu gerbang..
geng biru menghampiri...
ingin menghentikan apa yang dihentikan..
lakonan bodoh mula dilayarkan..
kisah darah dan laungan nyalak bermula..
ghairah menjerit bagai di perkosa..
rosak harta kapitalis.. hilang moral akhlak yang bermakhluk..

bertopeng di tanah merdeka..
tepat ditengah pagi..
mula menunjukkan diri..
bangga dengan kebolehan...
media kolot mula menyiarkan..
tercatit dalam majalah kapitalis..
hebat..
memperjuangkan hak..
tetapi apa manifesto sebenar perjuangan disebalik keberanian yang dilaungkan ?.