Selasa, 25 November 2014

Chatatan Kecil 13#

Aku rimas dengan bisik-bisik cinta yang menghairahkan hati aku. Aku lemas pabila hadirnya sebuah perasaan yang memporak peranda jiwa aku. Aku terkulai dan tidak bermaya pabila pelbagai persoalan yang diajukan pada aku.  Mengapa semua ini harus aku alami.  Haruskah aku melayan kehendak nafsu. Mungkin jika aku membiarkan semua ini keadaan akan kembali normal. Aku kembali pada kehidupan asal. Tapi jika di fikirkan semula, adakah aku akan melepaskan peluang yang cuma hadir sekali dalam jangka hayat aku ini. Aku keliru..
***
Mata kau yang sentiasa kuyu membuatkan hati aku tertarik. bibir kau yang sentiasa basah menggugurkan keegoan aku. Senyuman yang kau beri membuatkan aku berasa ghairah. Shit!.
Itu top secret lah.

Chatatan kecil 12#

Bila waktu itu tiba, semua memori akan pudar.Bila hari itu menjelma, aku harap semua tali yang terikat dari badan aku akan terputus. 
Aku tak akan memohon. Aku tak akan mengemis. Aku tak akan merayu. Cukup!. Aku teramat tersiksa dengan tipu helah para manusia yang sangat memeritkan hati aku. Aku mahukan bebas. Aku ketagihan kebebasan. Bebas dari segala ikatan yang mencelarukan minda aku.  Bebas dari jiwa-jiwa yang cemburu. Bebas dari penyakit dendam. Bebas segala-galanya.

Aku lalai, tiada yang kekal buat selama-lamanya. Aku lupa, tali yang aku ikat boleh reput.
Aku serik!. Aku silap. Oh Tuhan.

Jumaat, 21 November 2014

Chatatan kecil #11

Aku tak sehebat seperti kau menulis sebuah kehidupan berdasarkan mulut-mulut lucah kau. Aku tak mampu mengeluarkan cecair-cecair kejujuran seperti mana kau mengikat sebuah ikatan.Kerana nafsu aku terhenti, Kau seperti anjing menyalak di subuh hari.

Mulut - mulut sial mula berkumandang. Mata-mata yang cemburu sedang memerhati. Otak mereka ligat untuk mencaci dan menghina. Namun, Kau tetap jatuh dalam lautan hitam yang dipenuhi sisa-sisa kegelapan. Kau menjadi buas.

Kini aku terperangkap.
kaki ku di ikat.
Tangan ku digari.
Mata ku dimakan ulat.
Aku buta. Hitam.
Dunia Hitam.
Tiada lagi pancaran cahaya dari langit ketujuh.
Hanya kederangan nyanyian sial dari si badut yang membodohkan dirinya.

Ahad, 16 November 2014

S.I.A.L

 "Perlu kah kau tahu?".
"Atas nama kawan, Perlu." jawab Adi. Reaksi Herman mula berubah. Herman mula serius.
"Aku rasa kau lupa pada suatu perkara, dahulu kau juga pernah berkata pada aku, jangan masuk campur hal kau. Kenapa sekarang kau beriaya-iya untuk menyusahkan diri kau untuk menganggu  personal life aku?". Soal Herman.
"Dah mula hendak ungkit mengungkit". Adi mula memperlekehkan apa yang dikatakan oleh Herman.
" Kau memang sial, perosak hubungan orang!. Aku harap di akhirat nanti  biar Tuhan akan membalas perbuatan kau!".

Isnin, 3 November 2014

Chatatan kecil #10

Bila aku memejamkan mata, aku membayangkan sebuah padang hijau yang luas seperti laut. Di tengah padang hijau yang luas itu ada sebuah pokok renek. aku berteduh di bawah pokok itu sambil mengira bilangan awan di atas kepala. satu.. dua.. tiga..
Puas aku membilang awan, aku berjalan meninggalkan pokok yang aku berehat tadi. Aku berhenti dan melihat sekeliling. Aku terlihat satu bayang-bayang. Bayang-bayang itu melambai-lambai ke arah aku. Aku berlari ke arah bayang itu. semakin aku kejar semakin jauh bayang-bayang itu. Akhirnya aku penat dan berhenti. Bayang-bayang itu masih lagi melambai-lambai. Aku hanya melihat sahaja bayang-bayang itu dalam keadaan termengah-mengah. Dengan tak semenanya matahari menampakkan mukanya. Memancarkan cahayanya ke arah aku. Cahaya itu membuatkan aku rasa kepanasan dan berpeluh. Bayang-bayang itu masih melambai-lambai ke arah aku. Aku mula terfikir untuk kembali semula pokok yang menjadi tempat aku berteduh. Tapi sayang aku lupa jalan  pulang ke pokok itu. Aku mengesat peluh di dahi dan mula berlari anak dan terus berlari. sekali lagi, semakin aku kejar semakin jauh bayang-bayang itu. Matahari tetap memancarkan cahayanya. Tanah yang aku pijak menjadi panas. Larian aku semakin pelahan. Tenaga aku semakin berkurangan. Aku kehausan. Aku kepenatan. Bayang-bayang itu masih lagi melambai-lambai.  Aku berhenti dan terbaring menghadap langit. Aku memenjamkan mata dan cuba berbicara dengan nafsu. "adakah sekatat ini sahaja kemampuan aku?".