Bila aku memejamkan mata, aku membayangkan sebuah padang hijau yang luas seperti laut. Di tengah padang hijau yang luas itu ada sebuah pokok renek. aku berteduh di bawah pokok itu sambil mengira bilangan awan di atas kepala. satu.. dua.. tiga..
Puas aku membilang awan, aku berjalan meninggalkan pokok yang aku berehat tadi. Aku berhenti dan melihat sekeliling. Aku terlihat satu bayang-bayang. Bayang-bayang itu melambai-lambai ke arah aku. Aku berlari ke arah bayang itu. semakin aku kejar semakin jauh bayang-bayang itu. Akhirnya aku penat dan berhenti. Bayang-bayang itu masih lagi melambai-lambai. Aku hanya melihat sahaja bayang-bayang itu dalam keadaan termengah-mengah. Dengan tak semenanya matahari menampakkan mukanya. Memancarkan cahayanya ke arah aku. Cahaya itu membuatkan aku rasa kepanasan dan berpeluh. Bayang-bayang itu masih melambai-lambai ke arah aku. Aku mula terfikir untuk kembali semula pokok yang menjadi tempat aku berteduh. Tapi sayang aku lupa jalan pulang ke pokok itu. Aku mengesat peluh di dahi dan mula berlari anak dan terus berlari. sekali lagi, semakin aku kejar semakin jauh bayang-bayang itu. Matahari tetap memancarkan cahayanya. Tanah yang aku pijak menjadi panas. Larian aku semakin pelahan. Tenaga aku semakin berkurangan. Aku kehausan. Aku kepenatan. Bayang-bayang itu masih lagi melambai-lambai. Aku berhenti dan terbaring menghadap langit. Aku memenjamkan mata dan cuba berbicara dengan nafsu. "adakah sekatat ini sahaja kemampuan aku?".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan