Sabtu, 23 Januari 2016

seperti sihir yang gelap menjadi merah

Langit hari ini mendung.
Mendung nya sama seperti dunia aku yang kucar kacir. apalah nasib aku, hilang segala. hanya habuk dan debu yang jelas kelihatan di depan mata.

Pabila aku memikirkan tentang suatu cinta. apakah aku yang mendapat keuntungan atau kerugian ?.
adakah cinta itu satu kejayaan atau kegagalan ?. kenapa cinta itu buta?. apakah cinta yang buta itu menjadi satu cinta yang agung dalam setiap pasangan dalam dunia ini.
sesungguhnya aku tak pernah dapat melarikan diri dari pengaruh cinta. apakan daya, dunia ini, masyarakat ini semenangnya bergantung pada cinta.

Cacatan Aku Penganggur (2)

Aku ada satu cita-cita. Tapi cita-cita itu terpaksa ditangguhkan kerana kesilapan memilih, kesilapan memikir, dan kesilapan memilih jalan. Apakah aku rosak dalam bidang yang sepertinya menjadi satu penguasa dalam aliran masyarakat yang ke arah dunia maju yang sedang tenat .

Apalah sangat pada pemikaran kolot tentang manusia-manusia yang meletakkan satu standard untuk memilih jalan untuk masa depan mereka. Tidak salah untuk memilih dan meletakkan satu harga diri yang tinggi. Tetapi janganlah meletakkan diri kita seperti dewa-dewi greek. aku celaru dengan perkataan 'standard' yang membawa seribu satu maksud.

kini, aku masih terkapai-kapai dengan tiada kemahuan diri. Terjerat dalam prosa 'no job no money', membuatkan aku jadi bengang dan menyampah akan mereka-mereka yang meletakkan dinding perbandingan dan berbangga diri.

mungkin rezeki untuk aku tersilap jalan hinggakan aku terpaksa menunggu lama untuk melunaskan cita-cita  dan impian yang aku impikan selama ini.

...dan aku tidak akan putus berdoa.

Sesuatu yang indah tidak dikongsi

Apakah ada keindahan yang tinggal dalam diri ini. Tiada..
Tiada apa tersisa dalam jiwa yang tiada irama hati.
Berapa lama diri ini hanyut dalam lautan ombak berduka lara. Terlalu lama.

Memikirkan kenikmatan orang lain. menyimpan kehendak diri yang tiada siapa peduli, mengiyakan segala nya apa yang di katakan. apakah diri ini berkelakuan seperti haiwan yang tiada anugerah akal untuk memikirkan sesuatu keindahan yang nyata.

tiada siapa yang mengerti akan diri ini. Mereka datang, mereka rosak, lalu mereka pergi tanpa melambaikan tangan sebagai satu penghormatan akan diri ini.