Aku ada satu cita-cita. Tapi cita-cita itu terpaksa ditangguhkan kerana kesilapan memilih, kesilapan memikir, dan kesilapan memilih jalan. Apakah aku rosak dalam bidang yang sepertinya menjadi satu penguasa dalam aliran masyarakat yang ke arah dunia maju yang sedang tenat .
Apalah sangat pada pemikaran kolot tentang manusia-manusia yang meletakkan satu standard untuk memilih jalan untuk masa depan mereka. Tidak salah untuk memilih dan meletakkan satu harga diri yang tinggi. Tetapi janganlah meletakkan diri kita seperti dewa-dewi greek. aku celaru dengan perkataan 'standard' yang membawa seribu satu maksud.
kini, aku masih terkapai-kapai dengan tiada kemahuan diri. Terjerat dalam prosa 'no job no money', membuatkan aku jadi bengang dan menyampah akan mereka-mereka yang meletakkan dinding perbandingan dan berbangga diri.
mungkin rezeki untuk aku tersilap jalan hinggakan aku terpaksa menunggu lama untuk melunaskan cita-cita dan impian yang aku impikan selama ini.
...dan aku tidak akan putus berdoa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan