Rabu, 20 Julai 2011

kisah planet hilang



Bermula berabad-abad masihi dalam alam semestar ini...diceritakan kepada anak- anak pribumi,yang dahulunya terdapat sebuah planet di alam semester ini iaitu planet pixul...planet ini sebelahan dengan planet uranus dan planet neptun...planet pixul merupakan planet yang tercanggih sekali dalam sistem suria...kerana dalam isi perut planet tersebut terdiri beberapa puak- puak yang tersangatlah bijaksana..antaranya puak madait yang menguasai wilayah selatan, puak yuxi yang menguasai timur laut...dan puak turix yang menguasai  wilayah barat...ketiga tiga puak tersebut sering berlumba – lumba untuk menguasai  planet pixul,,mereka telah membangunkan banyak teknologi – teknologi perlatan perang yang bergitu canggih dan dasyat..mereka juga sering bertelagah antara satu –sama lain...
puak yuxi telah menjadi puak yang terkuat diantara puak-puak di planet pixul..mereka telah mecipta senjata laser Z..hasil ciptaan berpuluh-puluh tahun  profesor midurzur..beliau telah mengabadikan diri beliau dalam peciptaan senjata laser z tersebut...tetapi profesor midurzur telah menemui ajal selepas selesainya ciptaanya... malah yang lebih tragis lagi,, profesor midurzur tidak sempat memberi kata laluan kepada panglima tertinggi puak yuxi untuk menggunakan senjata laser Z ...akhirnya senjata tersebut terkubur dalam makmal profesor midurzur.tetapi panglima tertinggi puak yuxi tidak menyerah kalah..panglima tersebut telah memanggil beberapa profesor yang bijak  untuk memecahkan kata laluan profesor midurzur..sebelum pemergian profesor midurzur, beliau telah mencipta sebuah pedang laser untuk askar-askar yang kebolehan membelah apa – apa sahaja..

sementara itu..puak madait telah bersiap sedia dengan kelengkapan canggih mereka untuk menghadapi serangan dari puak yuxi dan puak turix.. puak madait memiliki pertahanan kubu yang sangat berteknologi tinggi..kerana tembok- tembok pertahanan puak  dibina dengan titanium yang bergred A dan dilengkapi meriam dan roket buatan puak madait iaitu tahi bintang...

puak turix.. puak ini sangat unik..kerana puak ini berwarna kuning...tetapi rambut tetap warna hitam..puak ini berkemahiran dalam mengubah suai sesuatu benda..macam tranform kereta kepada kereta kebal laa...sehinggakan askar-askar mereka sanggup mengubahsuai tangan – tangan mereka menjadi meriam., bazuka,,roket,,pedang samurai kuasa sinar X dan lain- lain lah..

perang antara ketiga – tiga puak ini tercetus apabila beberapa askar puak yuxi telah menceroboh wilayah puak madait...askar-askar puak yuxi telah merancang untuk melakukan pengintipan aktiviti ketenteraan puak madait... tetapi rancangan mereka telah dihidu oleh anjing robot pengesan puak madait...maka bermulalah perang berskala kecil di wilayah puak madait...tetapi beberapa askar –askar pauk yuxi telah mengundurkan diri kerana kekurangan tentera...tanpa disedari askar-askar puak yuxi telah memasuki sempadan wilayah puak turix kerana ingin mengelak dari serangan bertalu dari puak madait...ini telah menyebabkan puak turik menyerang balik askar-askar puak yuxi...akhirnya askar puak yuxi di tewaskan...

berita kekalahan askar puak yuxi telah diketahui oleh panglima tertinggi puak yuxi.. ini merupakan satu penghinaan bagi puak yuxi.tanpa berfikir panjang panglima puak yuxi telah mengumpulkan kesemua askar- askar puak yuxi untuk pergi berperang...dengan itu, tercetus la perang yang terbesar dalam sejarah planet pixul. Ketiga – tiga puak tersebut telah berperang bermati – matian.banyak harta benda musnah, dan ramai juga askar-askar puak yuxi , madait dan turix terkorban.perang ini berlangsung selama tiga tahun. 

Dalam masa itu jugak, planet pixul telah berubah menjadi gelap,,dan tiada lagi burung-burung berkicauan.muncul la pada suatu hari,di wilayah puak yuxi,seorang profesor telah berjaya memecahkan kata laluan profesor midurzur.kata laluan tersebut adalah “password”.kata laluan tersebut telah diberikan kepada panglima tertinggi  puak yuxi. Panglima tersebut dengan segeranya telah pergi kemakmal profesor midurzur untuk menggunakan senjata laser Z bagi memenangi perang tersebut. 

Tanpa membaca buku manual cara menggunakan laser z, panglima puak yuxi tersebut telah menekan punat merah di papan kekunci  di komputer utama. Dan akhirnya berfungsi lah senjata laser Z tersebut. Laser Z tersebut telah ditujukan ke wilayah madait dan sekilip mata sahaja wilayah madait telah musnah tanpa meninggalkan khazanah. Kemudianya laser Z telah ditujukan ke wilayah puak turik. Puak turik juga menerima kesan yang sama. Laser Z tidak dapat dikawal lagi kerana panglima puak yuxi telah menekan salah punat. Kerana mengikut dalam buku manual penggunaan laser Z, punat merah adalah untuk memusnahkan semua benda. Akhirnya wilayah puak yuxi pun musnah akibat serangan laser Z. Dan terletuplah planet pixul akibat serangan laser z tanpa kawalan...

 dan disebabkan itu juga, NASA tidak menjumpai planet pixul dalam sistem suria.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan