kadang-kadang aku terpikir, apa yang aku nak dalam hidup aku. Aku memikirkan jawapan kepada kehendak aku dan kehidupan aku. sudah bertahun-tahun aku cuba mencari jawapannya. sayangnya aku hanya terawang-awang dalam dunia imaginasi aku.
Pabila aku terkeluar dalam dunia imaginasi aku, aku mula rasa kekok, takut, bingung, marah, sedih, kecewa dan hampa,, aku mula memikirkan jawapan kepada kehendak aku. Di ruang yang kosong dengan bertemankan lampu tidur yang malap aku bertanya pada hati tentang jawapan yang selama ini aku mencari. sehinggakan aku terlena seketika.
Bila bangun dari tidur, aku berada semula dalam dunia imaginasi aku. aku seolah - olah berada di tempat yang baru dan aku menjadi raja dalam dunia imaginasi aku. Apa yang aku pinta dan hajatkan semuanya akan termakbul dengan sekelip mata sahaja. namun, itu semua tidak memuaskan aku. aku bingung,.. bingung.. bingung...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan