Ahad, 10 April 2016

cacatan seorang pesakit 18#

Selama ini aku tenggelam dalam kekosongan yang tidak memberi apa-apa makna dan erti tentang kehidupan dan pertalian. Aku lupa kerana aku terlalu sibuk menyesakkan diri dalam lautan pemikiran manusia yang aku sendiri tidak kenal akan kejahilan dalam diri aku ini. 
Maaf. 
Aku alpa tentang diri aku sendiri. Aku berpaut pada dahan yang rapuh, yang aku sangkakan kebanggaan dan kemasyhuran.. rupanya hanya seketika sahaja.  
Aku lalai dengan fikiran aku. Aku terpedaya dengan mereka hingga aku hampir menjadi seperti mereka. 
Sungguh terlalu lama aku hanyut dalam layaran mereka. Siapa mereka?. 
mereka adalah jiwa-jiwa kosong yang hampir berjaya memperdaya aku tentang bisikan-bisikan keindahan dunia mereka.
Malam ini tiada bintang yang setia, sanggup rebah untuk bersama dengan ku.
Malam ini mungkin tiada ertinya jika aku hanya tiba di suatu kehidupan yang kosong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan