Khamis, 3 Oktober 2013

Cacatan Seorang Pesakit 6#

Hari ini panas nya tak sama dengan hari - hari yang lalu..
 kadang - kadang perkara yang kita mahu dan perkara yang kita tidak mahu dalam hidup seringkali mengalami pertindihan antara satu sama lain. Adakah hari ini aku akan menghadapi satu lagi penyesalan?. penyesalan yang sering menguasai pemikiran ku dan semakin hampir membuatkan diriku hilang pedoman untuk melihat liku - liku realiti dunia.

aku menjadi semakin bosan untuk melalui setiap lorong - lorong yang salah. kreativiti ku tak mahu berbicara dengan ku lagi . hati ku pula kerap meluahkan perasaan yang aku sendiri tak dapat memahaminya. Rasanya hati ku ini ingin memberontak untuk keluar dari penjara besi yang aku sendiri bina. Mungkin sudah sampai masanya untuk aku melepaskan nya dari penjara besi, untuk merasa kebebasan yang selama ini dikonkong oleh mindaku ini. Atau sudah sampai masanya untuk aku meninggalkan fahaman - fahaman yang mencorakkan hidupku ini dan membiarkan hatiku ini membangunkan dunianya sendiri.

 Atau mungkin sudah sampai masanya hatiku ini memerlukan seseorang yang periang, ceria, dan ayu untuk membelai hati ku yang lara ini. seseorang yang sanggup menahan luahan hatiku yang menyimpan pelbagai rahsia yang tidak ketahui oleh minda dan pemikiranku sendiri, seseorang yang tahan dengan karenah hati ku dan akan sentiasa ada...... 
Mungkin?.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan