Khamis, 10 Oktober 2013

Cacatan Seorang Pesakit 7# (jiwa dikerat)

     Jiwa ku dikerat - kerat seperti daging yang sedang dicincang. Azab peritnya teramatlah sakit seperti pedang yang dicucuk secara pelahan - lahan. Mereka kata, sakitnya hanya seketika sahaja, tapi sakit yang aku alami seperti bertahun - tahun lamanya.
      Aku cuba memberontak, namum jumlah, autoriti, kedudukan dan gelaran yang  mereka ada dapat membataskan kemampuan ku yang cuba memberontak untuk mengubah nasib  para - para jiwa yang sama seperti aku. mereka kata "suatu hari nanti , apabila kami sudah tiada engkau, engkau dan engkau lah yang akan memikul kedudukan, autoriti, dan gelaran yang kami tinggalkan..."
     Aku hanya mampu berkelana dalam kotak - kotak yang sudah disediakan oleh mereka. Aku tak ubah seperti binatang perliharaan mereka, apabila disuruh meniru segala pekerjaan yang mereka lakukan, bagi aku mereka adalah bangsa yang celaka dan tidak bertamadun.
    "Mereka akan benci anda jika anda bijak dan mereka akan membenci orang yang bebal." 
Pada malam - malam yang ganjil, mereka akan berperangai pelik, seperti jiwa, dan roh mereka sudah diserahkan kepada makhluk terlarang dari langit. Aku hanya memerhatikan mereka di suatu sudut dalam sebuah bilik gelap yang dipagari dengan tiang - tiang besi. mata ku cuba menyampaikan hasratnya kepada hati ku dengan berkata"Alangkah jijiknya perbuatan mereka itu.."

february 1910..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan