Khamis, 31 Oktober 2013

Cacatan Seorang Pesakit 9#

Mungkinkah akan ada satu jalan pintas yang memberi aku satu peluang untuk menjernihkan segala rupa ingatan yang telah lama pudar ?.
Tolonglah,aku amat memerlukan ingatan itu..suatu ingatan yang amat terindah sekali. Ingatan yang istimewa dalam perjuangan hidup aku yang penuh malang dan bermasalah ini. Namun, ingatan yang kembali kepada aku hanyalah ingatan kecewa, ingatan sedih, ingatan hiba, ingatan dendam..

Dalam setiap langkah, aku masih ternanti - nanti, bertanya khabar pada penunggu pintu ingatan supaya ingatan yang aku indamkan, yang aku impikan dapat bersatu semula buat selama - lamanya dan aku tak akan lelah untuk menanti kedatangannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan