Rabu, 30 Oktober 2013

Cacatan Seorang Pesakit 8# ( I,II,III : pecahan akal)

(satu)
umpama kupu - kupu yang patah sayap kirinya..
Apabila berbicara dengan perkara yang samar - samar kita ketahui dengan guna logik akal yang diperagakan dalam bursa saham ideologi yang gagal memberi impak dan akhirnya sebuah pedoman tidak laku kerana terpesong akidah sehingga fahamannya terumbang ambing seperti tiada pendirian yang memberi kesan yang amat mendalam kepadanya dan dia terpaksa membatalkan agendanya hinggakan sanggup menggadaikan harga diri yang akhirnya di fitnah dan di maki kerana perbuatan hodohnya yang tidak dapat memgembalikan kehormatannya yang sudah hilang. Dia mula berfikir "alangkah indahnya jika kecapi nikmat tanpa berusaha".

(dua)
krisis demi krisis kerap menjelma dalam kitaran hidup aku ini. Hampir hilang keyakinan aku untuk melihat dunia luar yang luas seperti lautan biru yang tiada penghujungnya. cahaya - cahaya kegelapan sering menjadi kawan dikala aku memerhatikan angka - angka waktu. Aku rasa janggal bila berdiskusi dengan manusia - manusia yang cuba sembunyikan jasad asal mereka. apatah lagi apabila berbicara tentang asal usul mereka,

(tiga)
Mungkin hidup ini akan jadi lebih mudah jika tiada manusia yang suka meletakkan dajalnya dalam janji - janji yang dibuat. jika darjat kamu lebih mulia dengan janji - janji bangsat yang kamu buat, jangan menganggu janji - janji yang ikhlas kerana penghujung dalam permulaan akan ada makna yang mungkin menghancurkan rahsia - rahsia tersirat.


2 ulasan: