ya.. aku ghairah.. ghairah kan sesuatu yang bukan milik aku. Sesuatu yang teristimewa, sesuatu yang memberi kenikmatan pada diriku.
Engkau mengajak aku mengikut tata tertib yang engkau lahirkan hasil dari impian otak kiri engkau. bila aku katakan tidak, kau berubah, bibir engkau berkumat kamit, menuduh aku seperti engkau memaki pengemis tua yang sedang meminta sedekah. Apakah engkau sedar siapa yang mentauliahkah engkau?.
Pabila dia mula bangkit dari celah - celah kekeliruan yang engkau cipta. Engkau gelabah, kaget, risau akan lubang busuk engkau akan diketahui. Engkau takut.
Dia mula melaung - laungkan anarki, mahu menjatuhkan engkau, menghilangkan kewujudan engkau, menghapuskan pangkat dan darjat engkau. Lantas engkau menggunakan kuasa yang ada pada tangan kanan engkau untuk menangkap dia. Engkau puas.. dia sudah dikurung seperti binatang buas yang terpenjara dalam zoo.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan