Selasa, 29 November 2011

NORMA : DHIA..




Dia Dibelakangi oleh tembok yang tinggi berwarna putih. Apa yang dia lihat waktu itu?.apa yang dia pikirkan ?. apa yang hendak dia katakan ?. dia hanya duduk diam di sebuah kerusi yang tidak bernyawa..aku???aku hanya memerhatikan dia dari jauh, tergerak untuk aku menanya..tapi jiwa ini seakan menarik jauh untuk menanya, sungguh kuat syaitan yang berdamping di sebelah aku. Aku memilih untuk memerhatikan dia dari satu sudut..

Dia hanya berdiam disitu, mata nya melinar dari kiri hingga ke kanan, dia seolah – olah sedang menunggu seseorang untuk membawa dia pergi... raut wajah dia jelas menunjukkan dia memerlukan bantuan.. di tangannya sedang memegang sebatang besi. Besi yang telah diubah suai dan boleh berlipat – lipat.

Adakah dia tidak sejuk dengan sang malam yang sedang melepaskan kepulan – kepulan wap embun tanpa mengenal erti belas kasihan. Manusia berlalu merentasi dia. Tapi dia hanya memandang ke hadapan sahaja. Alangkah tersentuhnya jasad yang memerhatikan dia.seolah – olah mahu sahaja aku menolong dia.

Tapi.....

Aku dihalang , dihalang dengan satu jasad.. jasad  manusia yang memiliki kehebatan ilmu dengan aku. Aku hanya menurut kata dan aku habiskan perhatian aku terhadap dia.
Aku harap ada insan di dunia ini memiliki sifat prihatin yang sanggup menolong dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan