Aku bagaikan sedang terhanyut dalam lembah sungai Ganges. Tenggelam seperti bangkai yang tidak dapat dikebumikan dalam tanah. Hilang dalam hiruk pikuk realiti jiwa yang sedang berduka.
Bisik-Bisik kebaikan sedang meraung-raung dalam penjara yang aku bina sendiri dari imaginasi aku ini.
Luka jiwa yang tidak dirawat dibiarkan membusuk sehingga datang sekumpulan beluncas memakan isi jiwa.
Aku seperti terkena renjatan ikan belut pabila kepercayaan, kesetiaan bertukar menjadi satu pengkhianatan. aku tidak mahu menjadi jebat revolusioner.
Impian yang telah lama aku bina dengan 10 jari hilang, lesap seperti halilintar datang memakan semua makhluk di muka bumi ini. Aku hairan, mengapa tuhan ciptakan engkau dengan keadaan yang sebegini ?.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan