" pada suatu pagi, pabila ku membuka mata ku, ku mendapati segala kecantikkan alam maya telah luput dari penglihatan ku...aku telah menjadi manusia buta.. "
adakah kerana mata ?..
aku cuba mempersoalkan tentang mata. Memang mata anugerah yang amat tinggi nilainya. dengan mata aku dapat lihat dunia. tapi jika tanpa mata.. mungkin dunia ku akan gelap dan teman ku adalah hitam. Tapi adakah kerana mata ?, aku tidak dapat memuaskan permintaan dari hati..
sekali lagi, adakah kerana mata ?.
Apabila suasana yang tenang menjadi huru hara, ikatan yang kuat menjadi lemah. dunia menjadi lakonan pelbagai karenah
aku menjadi bingung..adakah kerana mata kita akan berprasangka buruk dan melakukan sesuatu perkara yang bodoh?.
terakhir, adakah kerana mata ?.
kita akan tertagih dengan mencari populariti dan publisiti yang hanya sekejap sahaja kebanggaannya.
mungkin kerana mata kita suka menjaga perkara - perkara yang bukan kita punya dan sibuk belagak tahu padahal kita tidak tahu apa - apa..
mungkin jawapan yang diberi oleh orang - orang yang hipokrit adalah "alah, itu dah jadi lumrah kehidupan" atau "ragam manusia" dan jawapan yang paling bangang yang akan di beri "pesanan dan peringatan buat diri saya dan rakan - rakan juga"..mungkin lah..
dari mata turun ke hati..untuk benda yang tak berapa berkenan di hati, membenci dari hati adalah selemah-lemah iman. benci yang terluah,kadang-kadang cara ekspresi yang salah. maka,muncullah ppelbagai ragam manusia yang entah2.
BalasPadamsome people matured, some people still young.