Rabu, 22 Mei 2013

Salah hari

"jumpa di menara tau nanti". sekeping nota yang diterima oleh  Lyia...
tepat jam 9 malam, lyia sudah berada di menara untuk bertemu aziz. tetapi bayang aziz masih belum kelihatan.. hanya lyia seorang saja di menara itu.

wajah bulan mula menampakkan dirinya, menyinarkan cahaya untuk malam yang gelap dan embun mula membasahi tanah. Cengkerik mula memeriahkan suasana malam dengan lagu orkestranya.

"Lambatnya si aziz ni, janji pukul 9 hendak jumpa..." Lyia bercakap bersendirian. 
Lyia merenung bulan dan mula berkhayal.
Dia teringat gelagat lucu aziz semasa kali pertama mereka berjumpa. Aziz seperti seorang yang pemalu untuk berbual - bual dengan Lyia, hanya Lyia sahaja yang banyak bercakap ketika itu. namum semakin lama mereka kenal dan menjadi rapat, sifat pemalu aziz sudah hilang dan apabila mereka berjumpa, aziz lah yang selalu bercakap.

bayang aziz mula nampak dari jauh. Lyia tersenyum melihat aziz. Aziz melambai - lambai tangan nya ke arah lyia sambil berlari.. Lyia melambai kembali..Aziz cuba memberitahu sesuatu kepada Lyia tetapi Lyia tidak memahami apa yang ingin disampaikan oleh Aziz. 
Belum sempat Aziz sampai ke menara, dua biji bom telah dijatuhkan dari jet pejuang askar Jepun
ke menara tersebut.. Lyia pergi selama - lamanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan