Engkau cuba yakinkan orang lain. Tapi kau hanya memperbodohkan diri kau.kau cuba berlari ke jalan yang betul.tapi langkah engkau sumbang. kau suka bercakap seperti pondan - pondan di tepi jalan yang sedang mencari rezeki. Tapi tak ada siapa yang suka cara engkau.Mulut engkau hanyir. Tapi engkau cuba berlagak seperti tiada yang berlaku. padahal sekeliling memandang engkau dengan wajah - wajah yang berkerut. sepertinya engkau tiada personaliti. engkau tiada pendirian. Engkau cuba meminta - minta maaf. tapi engkau memintanya dengan menggunakan egois.Engkau dapat musuh yang engkau reka dengan mata dan hati engkau sendiri. engkau cuba tidak bersyukur dengan apa yang engkau sedang nikmati sekarang. Perbuatan engkau sememangnya tidak dapat diterima oleh nafsu yang dahagakan air mata. Mungkin disuatu hari engkau akan menyedari bahawa engkau sedang dipermainkan oleh bayang engkau sendiri.
aku seorang antagonis. cara aku mungkin tidak terlalu mencari - cari populariti murahan yang hanya untuk satu hari sahaja. aku terima apa yang terjadi. bagi ku itu sudah menjadi takdir yang tercatat beberapa hari sebelum ia terjadi. aku ada perasaan, tapi aku cuba menghidupkan emosi yang mementingkan diri sendiri kerana di suatu hari aku akan berada dibawah dan mungkin disekeliling aku tak mampu untuk menghulurkan tangan. walaupun ada yang sudi mungkin berharapkan sesuatu untuk balasannya.terlalu karut aku memikirkannya. aku ada satu keinginan. suatu hari aku cuba berdiri di tengah - tengah jalan raya di waktu malam dengan harapan akan muncul sebuah lori kontenna dan menghancurkan aku. tapi yang muncul satu pancaran cahaya bewarna biru dan merah berhenti di sebelah aku. Aku di tuduh. bukan gila bukan hantu bukan sakit mental. tapi dilabelkan seorang hipokrit.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hidup takkan meriah kalau takde orang macam tu..dan kalau nak hidup dengan manusia2 yang macam tu kene sentiasa positif..jangan jadi pesimis.
BalasPadamaku berharap utopia akan berlaku di suatu hari nanti.
BalasPadam