Sabtu, 23 Mac 2013

Paranoid Daerah Terkutuk 1#

Si jantan tertawa dengan sinis lalu terkeluar masa - masa yang tergelincir akibat manusiasi yang gelojah sehingga terburai zarah - zarah busuk dari percaturan ilusi basi. Yang baik - baik mula memakai topeng - topeng plastik untuk sembunyikan obsesi hati yang tidak mengakui karma kejahatan yang dilarang kerana yang baik - baik tidak mahu mukanya diludah. Maka bermulalah babak - babak lakonan yang menyerupai malaikat yang di buang dan skripnya ditulis oleh hati - hati buta yang cemburu tahap babi.

Tatkala si betina cuba untuk menjadi ratu segala ratu bertukar menjadi racun kerana disumpah oleh daya pemikiran hingga buta mata nya akibat termakan asap - asap nikotin yang mengandungi mimpi - mimpi khayalan yang tidak mengenal erti yang baik - baik dan yang buruk - buruk . Hatta, si betina yang disumpah merakas mencari - cari lorong kebenaran yang sukar dicarinya dengan mata yang buta.

Jika si badut yang malang muncul di atas pentas sandiwara, sudah pasti akan dihukum. namum si badut yang malang bernasib baik kerana jumpa dua tiang, tiang yang pertama ialah tiang kepalsuan dan tiang yang kedua ialah tiang kebenaran. Dua kali siang dan malam bersidang, namum si badut yang malang masih terpinga - pinga untuk memilih satu tiang yang menepati isi dirinya. Pelbagai ramuan , teori , hipotisis, eksperimen, yang digunakan oleh si badut akhirnya si badut memilih tiang yang kedua. Si badut mengangkat tiang kedua dan cuba menegakkannya tetapi tiang itu sukar untuk di dirikan kerana ada satu tangan hitam yang menganggu si badut yang malang.

pengikut - pengikut yang taat secara membuta tuli hanya menonton gelagat bayang - bayang yang mahu bertukar warna. Mungkin di suatu hari nanti mereka  akan cuba memberanikan diri dan bercakap "kau tahu apa ?" pada kalian.
 pengikut - pengikut yang taat secara membuta tuli cuba reka cerita dan cerita yang direka akan diselumbungi dengan gelombang - gelombang radioaktif penipuan yang tersebar dengan bebas hinggakan encik keadilan sukar untuk menangkapnya.

siapa yang harus di tunding jari ?.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan